Gaza: Enam Bayi Baru Lahir Maut Akibat Cuaca Sejuk
Agensi Pertahanan Awam Gaza pada Selasa melaporkan enam bayi meninggal dunia akibat gelombang sejuk di wilayah Palestin sejak minggu lalu, lapor AFP.
“Kami merekodkan kematian enam bayi baru lahir dalam tempoh seminggu, yang berpunca daripada gelombang sejuk melampau dan kekurangan pemanas,” ujar jurucakap agensi itu, Mahmud Bassal.
Menurut ahli meteorologi, suhu menurun kepada kosong darjah Celsius sejak beberapa hari lalu. Keadaan itu antaranya berpunca daripada situasi cuaca sejuk yang melanda kawasan timur Mediterranean.
Pertahanan Awam Gaza melaporkan enam bayi maut akibat cuaca sejuk
AFP melaporkan, gencatan senjata antara Hamas dan Israel ketika ini menyaksikan peningkatan jumlah bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza.
Bagaimanapun, ratusan ribu penduduk di wilayah yang terjejas teruk itu masih lagi terpaksa tinggal di dalam khemah buat masa ini.
Malah, kebanyakkan mereka mendirikan khemah di celah-celah runtuhan kediaman dan berdepan kesukaran untuk bertahan dalam keadaan suhu yang semakin menurun.
BACA: Suami Hadiahkan Isteri RM12 Juta Selepas Bersalin Anak Kedua
Sumber: AFP