KFC, Pizza Hut Tutup 537 Cawangan Di Turki
Syarikat pengendali francais KFC dan Pizza Hut di Turki, Iş Gıda A.Ş., dilaporkan telah memfailkan kebankrapan.
Keadaan ini menyebabkan penutupan serta-merta semua 537 restoran di seluruh negara dan mengakibatkan 7,000 pekerja kehilangan pekerjaan.
Faktor utama penutupan
Mereka mendakwa punca utama kejatuhan operasi adalah penamatan mendadak perjanjian francais dengan Yum! Brands yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, faktor utama penutupan adalah:
1. Permohonan bankrap
Iş Gıda mengisytiharkan kebankrapan pada 7 Februari 2025, dengan hutang melebihi $214 juta (7.7 bilion lira Turki).
Bank telah merampas aset syarikat, termasuk kilang dan kemudahan lain.
2. Pengembangan ‘agresif’ yang gagal
Syarikat ini berkembang dengan sangat cepat, daripada 138 cawangan KFC dan 58 cawangan Pizza Hut pada 2020 kepada 537 cawangan pada 2024.
Namun, pertumbuhan ini bergantung kepada pinjaman yang besar.
Apabila kadar faedah meningkat dan syarikat mengalami masalah kewangan, keadaan menjadi lebih teruk sehingga memberi tekanan yang berat kepada syarikat.
3. Gaji tertunggak dan pembuangan pekerja
Ribuan pekerja mengadakan protes kerana mereka masih belum menerima gaji bagi bulan Januari. Pihak Iş Gıda berjanji akan membayar tunggakan ini sebelum akhir Februari.
Sementara itu, proses pemecatan pekerja sedang dilakukan mengikut Undang-Undang Buruh Turki.
Pampasan pemberhentian kerja serta cuti tahunan pekerja akan diberikan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.
4. Kesan ‘boikot’
Terdapat laporan bahawa jualan KFC di Turki menjunam sebanyak 40 peratus berikutan boikot terhadap jenama Barat yang dikaitkan dengan konflik di Gaza.
Kempen media sosial yang menyeru sokongan kepada jenama tempatan semakin mendapat sambutan sejak akhir 2024.
BACA: Berbasikal Di “Runway”, Mak Kiah Bikin Netizen Terhibur
BACA: Ibu Sebak Kongsi Anak 9 Tahun Terpaksa Masuk Asrama
BACA: Suasana Murid-Murid Gaza Kembali Ke Sekolah Buat Ramai Sebak
Sumber: Munsif News