Siakap Keli
seoul garden ramadan

Seoul Garden Meraikan Lebih 40 Tahun Di Malaysia Dengan Menu Ramadan-Raya Baharu

Seoul Garden Meraikan Lebih 40 Tahun Di Malaysia Dengan Menu Ramadan-Raya Baharu

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2025 Seoul Garden Group, jenama hidangan Korea Halal terkemuka di Malaysia, meraikan lebih 40 tahun kepakaran dalam Asian Korean grill dan hot pot dengan pelancaran menu eksklusif Ramadan-Raya, yang bakal diperkenalkan pada awal Ramadan. Menu istimewa ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat, malah turut menzahirkan semangat kebersamaan yang menjadi tradisi masyarakat Malaysia ketika musim perayaan. 

Majlis pelancaran yang berlangsung dengan meriah ini turut dimeriahkan oleh personaliti media sosial popular, Azfar Heri, yang membawa tetamu menyusuri perjalanan kulinari istimewa dengan hidangan eksklusif Seoul Garden. Para hadirin berpeluang menikmati pengalaman memasak sendiri sambil mengimbau nostalgia yang telah dicipta oleh restoran ini selama bertahun-tahun.

Diasaskan sejak 1983, Seoul Garden Group dikenali sebagai jenama yang sentiasa memperkenalkan inovasi baharu dalam dunia masakan Korea di Malaysia dan kini berada di enam buah negara. Rangkaian jenama ini terdiri daripada tiga konsep utama—Seoul Garden, Seoul Garden HOTPOT, dan Seoul Garden Korbi Grill—dengan lebih 63 cawangan di seluruh Asia, termasuk 36 cawangan Seoul Garden di Malaysia.

Menurut Andrew Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group, “Selama lebih 40 tahun, Seoul Garden menjadi destinasi utama untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul menikmati hidangan berkualiti sambil mencipta kenangan indah. Tahun ini, kami terus memperkayakan pengalaman Asian Korean grill dan hot pot dengan memperkenalkan pengalaman makan eksklusif yang meraikan semangat kebersamaan dan menunjukkan perhargaan terhadap para pelanggan setia kami. Matlamat kami bukan sekadar menyediakan hidangan yang enak, tetapi juga mencipta satu pengalaman makan yang penuh kenangan dan istimewa untuk setiap kesempatan. Dengan menu Ramadan-Raya khas sepanjang bulan puasa ini, kami mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk berbuka puasa bersama kami dan menikmati hidangan Korean BBQ di Malaysia dalam suasana yang mesra dan selesa, seakan-akan di rumah sendiri.” 

Seoul Garden telah menjadi jenama kegemaran di Malaysia, terkenal dengan pengalaman makan yang berbaloi untuk wang. Tersedia dalam pelbagai tahap harga, buffet grill dan hot pot di Seoul Garden menawarkan pilihan makanan yang lengkap dengan 11 kategori produk, termasuk daging, makanan laut, surimi, sayur-sayuran, sos dan perasa, pencuci mulut dan topping, buah-buahan, serta pelbagai pilihan sampingan. Dengan lebih 116 jenis pilihan daging berkualiti, makanan laut segar, sup, dan sayuran, Seoul Garden kekal menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan Asian Korean grill dan hot pot yang asli dan memuaskan.

seoul garden ramadan

seoul garden ramadan

Pengalaman BBQ Korea yang sempurna 

Sejak sekian lama, BBQ Korea dikenali sebagai pengalaman makan yang menyatukan orang ramai menerusi hidangan yang penuh rasa, layanan mesra, dan detik-detik yang dikongsi bersama. Sama ada untuk jamuan santai atau majlis istimewa, BBQ Korea menawarkan cara makan yang interaktif dan menghiburkan. Dengan suasana yang selesa dan menyenangkan, ia menjadi pilihan ideal untuk perjumpaan mesra atau majlis sosial yang lebih besar bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Di Seoul Garden, tradisi ini diteruskan dengan konsep makan yang dinamik dan interaktif, membolehkan pelanggan memanggang sendiri daging pilihan mereka serta menikmati bahan-bahan segar yang tersedia. Dengan suasana yang mesra dan pelbagai citarasa untuk diterokai, restoran ini menjadi lokasi terbaik untuk mencipta kenangan bermakna —sama ada untuk santapan harian atau perayaan istimewa.

Dengan menggabungkan elemen Korean BBQ bersama komitmen terhadap kualiti dan layanan mesra, Seoul Garden terus menjadi destinasi utama bagi penggemar makanan Korea di Malaysia yang ingin menikmati hidangan lazat sambil meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang. 

“Kami mempunyai pelbagai pelanggan, dari generasi milenial hingga Gen Z, tetapi mereka semua datang dengan satu tujuan—untuk menikmati makanan yang lazat. Setiap pelanggan pasti teruja menerokai rasa baharu dan unik, sambil menikmati kebebasan untuk menyediakan hidangan mengikut citarasa masing-masing. Keupayaan untuk mencipta pengalaman makan yang lebih peribadi menjadikan setiap hidangan lebih menyeronokkan dan memuaskan. Kini, pengalaman makan bukan sekadar melibatkan makanan yang sedap, ia juga satu aktiviti yang merapatkan hubungan, mencetuskan perbualan, dan mencipta kenangan yang berkekalan,” kata Andrew

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Seoul Garden menawarkan baucar bernilai sehingga RM6 juta* sepanjang tempoh Ramadan ini. Setiap baucar bernilai RM60 dan boleh didapati di seluruh negara bermula 26 Februari hingga 31 Mac, selagi stok masih ada. Pelanggan yang menjamu selera di cawangan yang mengambil bahagian dalam tempoh promosi ini akan menerima baucar eksklusif ini, membolehkan mereka menikmati lebih banyak penjimatan sambil meraikan semangat kebersamaan di bulan Ramadan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.seoulgarden.com.my/ .

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.