Siakap Keli
Azeem Pecah Rekod Kebangsaan
Gambar: X @auburntfxc

SEC 2025: Muhammad Azeem Pecah Rekod Kebangsaan, Raih Gangsa Acara 60 M

SEC 2025: Muhammad Azeem Pecah Rekod Kebangsaan, Raih Gangsa Acara 60 M

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) di dalam dewan awal pagi tadi, untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu mencatatkan 6.56 saat (s) untuk berada di tempat ketiga pada aksi final acara 60 m yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Catatan berkenaan menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu memperbaharu rekod kebangsaan miliknya, iaitu 6.60 s dalam acara sama yang dilakukan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California, AS pada Februari lepas.

Emas acara 60 m itu dimenangi Jordan Antony dari AS mewakili University of Arkansas yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 6.54s manakala rakan sepasukan Muhammad Azeem, Israel Okon dari Nigeria akur di tempat kedua yang hanya dibezakan 0.01s.

https://x.com/AuburnTFXC/status/1895968704955076802

Sumber: BERNAMA

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

BACA: KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk 2024

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: Elak Ambil Makanan Ini Ketika Sahur Agar Puasa Kekal Bertenaga

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.