Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mohd Shazli Dilantik Pemangku CEO MFL

Hannah
Mohd Shazli CEO MFL
Sumber: BERNAMA

Mohd Shazli Dilantik Pemangku CEO MFL

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkuat kuasa hari ini.

“Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak sebagai COO bermula 2018, khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL,” menurut kenyataan MFL hari ini.

Bulan lepas, MFL mengesahkan bekas CEO Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, hanya selepas lima bulan memegang jawatan berkenaan.

Justeru, Mohd Shazli diberi tanggungjawab menerajui operasi sekretariat MFL sehingga diumumkan sebagai pemangku CEO secara rasmi.

Rossi merupakan individu dari luar negara pertama dilantik sebagai CEO MFL, menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontraknya pada 31 Ogos 2024.

BACA: Bront Palarae Kini Dilantik Profesor Adjung Fakulti MMU

BACA: Michael Ford Muncul Juara Di Kejohanan Gusti Lengan Arnold Classic

BACA: Muncul Ketulan Baharu, “The Family UK” Mohon Orang Ramai Doakan Fatimah

Sumber: BERNAMA