Siakap Keli
Bapa meninggal selepas bertemu anak
Gambar: X

Bapa Meninggal Dunia Selepas Bertemu Anak Dibebaskan Israel

Bapa Meninggal Dunia Selepas Bertemu Anak Dibebaskan Israel

Seorang bapa yang juga warga Palestin, Ibrahim Sabah, dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Difahamkan, pemergiannya berlaku hanya beberapa jam selepas beliau bertemu kembali dengan anaknya, Ayham Sabah.

Anaknya itu dibebaskan dalam pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel di bawah perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan peperangan di Semenanjung Gaza.

Menurut Pejabat Media Tahanan Palestin, Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di Mesir sejurus selepas bertemu semula dengan anaknya buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan pertemuan penuh emosi antara Ayham dan ibu bapanya pada Jumaat, selepas pembebasannya pada 2 Februari.

https://x.com/qudsn/status/1897999342096552215?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1897999342096552215%7Ctwgr%5E7d6e4fca1a502eebc7cdbed8d2b931e8d123c6ab%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.siasat.com%2Fpalestinian-father-dies-after-reunion-with-released-son-ayham-sabah-3191344%2F

Bagaimanapun, tidak lama selepas pertemuan tersebut, kesihatan Ibrahim merosot dan beliau disahkan meninggal dunia.

Ayham dihukum penjara 35 tahun sejak usia 14 tahun

Pada Disember 2018, Mahkamah Tentera Israel di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun ke atas Ayham Sabah serta denda sebanyak 1 juta shekel Israel (NIS).

Ayham dituduh menikam seorang askar Israel hingga maut pada 2016, ketika beliau baru berusia 14 tahun.

Askar tersebut, yang juga merupakan seorang peneroka di penempatan Ma’aleh Michmash, dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

BACA: Arab Saudi Catat Rekod Tertinggi Kehadiran Jemaah Umrah Sehari

BACA: Gabenor New York Isytihar Darurat 

BACA: Guru Guna AI ‘Hidupkan’ Impian Pelajar Raih Pujian

Sumber: The Siasat Daily

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.