Lelaki Terselamat Dilanggar Kereta Api Kargo
Seorang lelaki berusia 28 tahun terselamat selepas dilanggar kereta api kargo ketika dia tertidur di atas landasan dalam keadaan mabuk.
Menurut Jeneral Javier Avalos dari bandar Ate, insiden itu berlaku pada Sabtu lalu.
Mangsa dipercayai tertidur di atas landasan kereta api tanpa menyedari kehadiran kereta api yang semakin hampir.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki, dipercayai mangsa, sedang berbaring di atas landasan dengan kepalanya di atas rel.
Sementara itu, kakinya kelihatan tergantung di bahagian tinggi.
Ketika cahaya terang dari kereta api muncul di belakangnya, dia mula mengangkat kepala, namun tidak sempat mengelak.
Kereta api itu kemudian melanggarnya dan menyeretnya seketika sebelum dia tercampak ke tepi landasan.
@bbcnews “He apparently was in a state of intoxication, fell asleep along the train tracks and did not feel the train coming,” said local official General Javier Avalos. #Train #NearMiss #Lima #SouthAmerica #BBCNews
Beberapa saksi yang berada di lokasi, termasuk seorang individu memakai topi keselamatan dan membawa lampu suluh, segera berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan.
Mengejutkan, mangsa berjaya berdiri dengan sendiri meskipun mengalami kecederaan.
Gambar yang diambil selepas kejadian menunjukkan mangsa memakai jaket kuning dengan lengan berbalut dan kesan darah pada seluarnya.
Pihak berkuasa membantu merawat kecederaannya sebelum tindakan lanjut diambil.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada lengan kiri dan luka ringan di bahagian tangan.
“Kereta api itu melanggarnya, tetapi secara ajaib dia terselamat,” kata Avalos kepada Agence France-Presse (AFP).
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kereta api tersebut dalam perjalanan ke Pergunungan Andes sebelum berhenti dengan pantas sebaik menyedari perlanggaran berlaku.
BACA: AS Bincang Penjualan TikTok – Trump
BACA: Anggota Polis Maut Motosikal Bertembung Dengan Lori
BACA: Remaja Hilang Ditemui Maut Dibunuh Tragis
Sumber: Times Of India