Remaja Hilang Ditemui Maut Dibunuh Tragis
Remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Florida ditemui dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di dalam tong sampah.
Polis percaya mangsa telah diperangkap oleh seorang lelaki lebih tua yang dikenalinya melalui media sosial.
Mangsa dipercayai bertemu dengan lelaki tersebut pada Hari Valentine selepas mereka berkenalan secara dalam talian.
Suspek yang merupakan lelaki berusia 35 tahun adalah individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kehilangannya.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memasuki rumah sewa suspek, tetapi tidak pernah keluar semula.
Menurut laporan polis, mangsa memasuki kediaman yang dimiliki oleh suspek bersama pasangannya yang berusia 37 tahun.
Pasangan suami isteri ‘tahan’, seksa mangsa sebelum bunuh
Di situ, berlaku satu pertengkaran selepas pasangan tersebut menuduh mangsa mencuri cincin mereka, sebelum mangsa dipukul dengan kejam.
Affidavit polis yang didedahkan pada Sabtu oleh Tampa Bay Times menyatakan bahawa pasangan itu menahan mangsa selama lebih tujuh hari dan menyeksanya dengan memukul berulang kali.
Mereka kemudian menyumbat bola biliard ke dalam mulut mangsa dan membalut wajahnya dengan plastik, menyebabkan mangsa mati akibat sesak nafas.
Polis menganggarkan kematian mangsa berlaku antara 20 hingga 24 Februari. Mayatnya kemudian dibawa ke sebuah rumah lain sebelum dikerat dan dibuang ke dalam tong sampah.
Kedua-dua suspek kini berdepan pertuduhan membunuh peringkat pertama.
Suspek lelaki telah pun berada dalam tahanan sejak 5 Mac atas kesalahan lain, termasuk mengacukan lembing kepada isterinya serta memiliki dadah.
Sementara itu, suspek wanita menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 8 Mac.
BACA: Bapa Meninggal Dunia Selepas Bertemu Anak Dibebaskan Israel
BACA: Israel Sekat Bekalan Elektrik Ke Gaza
BACA: Arab Saudi Catat Rekod Tertinggi Kehadiran Jemaah Umrah Sehari
Sumber: The Mirror US