Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Liverpool Jalin Kerjasama Adidas
Kredit: AFP

Liverpool Umum Jalin Kerjasama Lagi Dengan Adidas

Athirah

Liverpool Umum Jalin Kerjasama Lagi Dengan Adidas

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool telah bersetuju untuk bekerjasama semula dengan Adidas sebagai pembekal rasmi kit kelab, lapor portal Liverpool FC.

Bermula 1 Ogos 2025, LFC akan kembali mengenakan tiga jalur ikonik untuk kali ketiga dalam sejarah gemilangnya.

Syarikat Adidas bakal menjadi penaja kit bagi jersi perlawanan, pakaian latihan, pakaian gaya hidup untuk semua pasukan lelaki, wanita, kumpulan Akademi dan kakitangan LFC Foundation.

Sebelum ini, LFC dan Adidas pernah bekerjasama dalam beberapa era paling berjaya dalam sejarah kelab, termasuk detik-detik manis menjulang trofi.

Kerjasama pertama berlangsung dari 1985 hingga 1996, dan kemudian disambung semula dari 2006 hingga 2012.

Sepanjang tempoh ini, The Reds meraih pelbagai kejuaraan, termasuk tiga gelaran liga domestik utama dan tiga kemenangan Piala FA.

Liverpool akan kembali bekerjasama dengan Adidas

Menurut Liverpool FC, jersi Adidas sinonim dengan kejayaan di LFC, malah dianggap sebagai salah satu jersi yang paling digemari oleh sebahagian besar peminat.

“Semua di kelab ini amat teruja untuk menyambut kepulangan Adidas ke dalam keluarga LFC. Kami pernah meraih kejayaan luar biasa bersama pada masa lalu dan mencipta beberapa jersi paling ikonik sepanjang zaman,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif LFC, Billy Hogan.

Tambahnya, Adidas dan Liverpool memiliki cita-cita untuk mencapai kejayaan dan berasa lebih teruja untuk bekerjasama sekali lagi dalam mencipta lebih banyak jersi luar biasa.

Kedua-dua pihak berharap agar kerjasama ini dapat meningkatkan prestasi para pemain di atas padang.

“Pada masa yang sama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Nike atas sokongan mereka sepanjang lima tahun terakhir dan mendoakan yang terbaik untuk mereka di masa hadapan,” kata Billy Hogan.

Butiran mengenai jersi bakal didedahkan melalui saluran rasmi

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Adidas, Bjørn Gulden memaklumkan bahawa pihaknya sangat teruja kerana Adidas dan Liverpool kembali bekerjasama.

Kelab ini adalah salah satu nama terbesar dan paling ikonik dalam dunia bola sepak, dengan sejarah gemilang serta pangkalan peminat yang luar biasa di seluruh dunia.

“Jersi yang dipakai semasa kerjasama sebelum ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan

“Sekali lagi, kami berbesar hati untuk membekalkan pemain dengan teknologi terkini bagi membantu mereka beraksi di tahap tertinggi, malah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak jersi ikonik untuk para peminat,” jelas beliau.

Menurut Liverpool FC, butiran mengenai jersi baharu Adidas untuk Liverpool, termasuk rekaan bagi perlawanan laman sendiri dan tempat lawan bakal didedahkan melalui saluran rasmi kelab dan Adidas.

Sementara itu, jersi tersebut akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Ogos 2025.

BACA: Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan

Sumber: Liverpool FC