Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pesawat terhempas di kawasan
Kredit: The Sun UK

Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan

Athirah

Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan

Sebuah pesawat jenis Beechcraft Bonanza dilapor terhempas dan meletup di kawasan perumahan Manheim, Pennsylvania pada Ahad, lapor The Sun UK.

Perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi kejadian ketika asap tebal menjulang ke udara. Difahamkan, lima orang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Pihak polis memaklumkan bahawa pesawat itu cuba mengelak daripada melanggar struktur bangunan, kemudian melanggar kenderaan yang diparkir kira-kira jam 3.18 petang (waktu tempatan).

“Lima kereta rosak teruk akibat kejadian itu, manakala sebilangan lagi terbakar,” ujarnya.

Ketua Bomba Perbandaran Manheim, Scott Little berkata, kesemua lima penumpang yang cedera dibawa ke hospital tetapi tiada maklumat terkini mengenai keadaan mereka.

Pesawat terhempas di kawasan parkir rumah persaraan

Bagaimanapun, tiada mangsa di darat dilapor cedera dan tiada bangunan yang rosak.

Sementara itu, menurut perbualan Kawalan Trafik Udara (ATC), juruterbang memberitahu menara kawalan Lapangan Terbang Lancaster bahawa pintu pesawat terbuka, maka dia perlu berpatah balik untuk mendarat.

ATC membenarkan pesawat kembali dan menggesa juruterbang menaikkan altitud pesawat, namun kapal terbang itu terhempas selepas beberapa saat kemudian.

Difahamkan, nahas berlaku tidak lama selepas pesawat terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Lancaster.

Rakaman pesawat terhempas menjadi tular di media sosial

Beberapa rakaman di media sosial menunjukkan bangkai pesawat terbakar dengan marak di antara kenderaan yang diparkir, dengan bahagian logamnya melebur akibat api.

Dalam pada itu, Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro memberitahu pihaknya berada di lokasi untuk membantu anggota penyelamat susulan nahas pesawat ringan yang berlaku.

“Segala sumber Komanwel Pennsylvania akan disediakan dan maklumat lanjut akan diberikan apabila tersedia,” tambah beliau.

BACA: Boleh Tahan Ribuan Tahun, Ini Sebab Madu Tulen Tiada Tarikh Luput

BACA: Kes Kewarganegaraan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Ibu Rakyat Malaysia Capai Penyelesaian

BACA: Polis Siasat Video Tular Individu Pandu Kereta Secara Berbahaya Di Genting Highlands

BACA: Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

Sumber: The Sun UK