Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
suasana kampung pusat beli-belah
Kredit: Gurney Plaza
Tiada Kategori

Hiasan Suasana Kampung Di Pusat Beli-Belah Bangkitkan Semangat Aidilfitri

Azizah Najib

Meriah, Hiasan Suasana Kampung Di Pusat Beli-Belah Bangkitkan Semangat Aidilfitri

Setiap kali tibanya musim perayaan, ramai yang ternanti-nantikan rekaan replika dan perhiasan di pusat membeli-belah. Selain untuk tatapan mata, ia juga menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar.

Bagi musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, kebanyakan pusat membeli-belah sudah membuat pelbagai perhiasan dan replika yang menarik.

Salah satunya adalah pusat membeli-belah di Pulau Pinang yang mengetengahkan suasana di kampung.

Kredit: FB Gurney Plaza

Menerusi muat naik di laman Facebook, Gurney Plaza membawakan kepada pengunjung hiasan sambutan hari raya bertemakan Kemilau Aidilfitri.

“Seiring semangat Hari Raya yang mengisi ruang, pihak Gurney Plaza menjemput anda rasai Kemilau Aidilfitri. Sebuah sambutan Kemilauan Aidilfitri, menghargai tradisi dengan perayaan kemakmuran,” kata Gurney Plaza.

Kredit: FB Gurney Plaza

Selain menghiasi ruang tersebut dengan lampu-lampu kuning berbentuk seperti padi, pihak pengurusan plaza tersebut turut menggantung wau sebagai hiasan.

“Lawati atrium kami yang dihiasi dengan sawah padi, dipenuhi cahaya keemasan melambangkan hasil tuaian dan semangat Hari Raya. Kehadiran Wau Bulan mengimbau kenangan hari-hari yang dipenuhi keriangan sementara angin sepoi-sepoi bahasa yang membisikkan kisah kesyukuran, kebersamaan dan perpaduan,” maklum pihak pengurusan.

Dengan tidak menumpukan kepada jualan dan kiosk peniaga, kawasan ini digunakan sepenuhnya bagi memberi peluang kepada para pengunjung bergambar dan mencipta kenangan “berhari raya” dengan latar belakang suasana di kampung.

Kesungguhan pihak pengurusan terserlah apabila replika rumah tradisional ini dihiasi dengan barangan yang sering ditemui di kawasan kampung. Malah, replika rumah tradisional di tepi sawah padi itu juga dilengkapi dengan replika makanan tradisional yang kelihatan seperti sedang dimasak seperti lemang dan dodol.

Tidak hanya mendirikan replika rumah tradisional, pihak pengurusan turut mendirikan replika wakaf yang sering menjadi tempat berehat orang kampung.

Perhiasan-perhiasan ini menambahkan lagi kemeriahan suasana di sana seolah-olah sedang membuat persiapan meraikan hari raya Aidilfitri.

BACA: Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini

BACA: Mufti WP Perjelas Hukum Musafir Berbuka Puasa Setelah Tiba Destinasi

Sumber: Gurney Plaza