Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

X Alami Serangan Siber Besar-Besaran – Elon Musk

Azizah Najib
Kredit: JUSTIN TALLIS/AFP

X Alami Serangan Siber Besar-Besaran – Elon Musk

Elok Musk mendakwa gangguan capaian platform media sosial, X pada Isnin yang melibatkan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara berlaku akibat serangan siber dalam skala yang besar, lapor AFP.

Gangguan tersebut menimbulkan persoalan sama ada jutawan itu menjadi sasaran.

“Masih terdapat serangan besar-besaran yang sedang berlaku terhadap X,” katanya menerusi satu muat naik di laman X.

Biarpun tiada bukti yang dikemukakan, Musk turut mendakwa kegagalan laman X menyiarkan temu bual secara langsung bersama Donald Trump tahun lalu disebabkan serangan siber.

Musk turut berkongsi satu muat naik berkenaan dakwaan serangan siber terbaharu merupakan satu lagi ledakan kebencian terhadap dirinya.

Muat naik daripada DogeDesigner ini berpandangan serangan tersebut selari dengan tunjuk perasaan menentang Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang diketuai oleh Musk. Perkara ini turut dikaitkan dengan tindakan vandalisme terhadap kemudahan Tesla.

Dakwanya lagi, serangan seperti itu memerlukan sumber yang sangat besar dan berkemungkinan dilaksanakan oleh sebuah negara atau kumpulan terancang.

BACA: Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini

Ketika temu bual bersama Fox Business, Musk turut mendakwa komputer yang digunakan untuk membuat serangan tersebut mempunyai alamat digital dari kawasan Ukraine. Tambahnya, X sedang berusaha mengenal pasti perkara sebenar yang berlaku.

Berdasarkan kepada pandangan pakar keselamatan siber, mereka sukar untuk membuat penilaian keadaan kerana tidak dapat melihat secara keseluruhan ke dalam operasi X. Namun, tempoh gangguan yang berpanjangan merupakan salah satu tanda berlaku serangan siber.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) di Deepwatch berpendapat, kejadian ini merupakan perang siber yang sedang berlangsung dengan kekuatan penuh.

“Dengan Musk menjadi tumpuan dan ketegangan politik berada di kemuncaknya, serangan ini mempunyai semua petunjuk tindakan agresif sesebuah negara,” ujarnya.

Sementara itu, selepas Musk membeli Twitter dengan harga $44 bilion pada akhir 2022, majoriti pekerja dipecat atau telah berhenti dari syarikat itu. Ia menimbulkan persoalan mengenai kestabilan dan keselamatan platform tersebut.

BACA: Aplikasi X Alami Gangguan Di Seluruh Dunia

BACA: Sampai ‘Grad’ Tak Guna, Ini Sebabnya Pelajar Sekarang Dah Tak Perlu Komputer Riba

Sumber: AFP