Siakap Keli
hujan negeri malam
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini – METMalaysia

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 7 malam ini.

Menurur METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah termasuk di keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak, daerah yang teribat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan pula Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

“Di Pahang, beberapa kawasan diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Sementara di Sarawak pula melibatkan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02wKoPxPLfKUm37sMNrjp74jP5q7tkQX21L6j4KGG3kqEp1ZypTtZriKd3Po4jVrnVl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: “Disambut Kabus,” Lelaki Kongsi Suasana Pagi Hantar Anak Sekolah Di Cameron Highlands

BACA: Nak Beli Barang Keperluan Pun Berkira-kira Tapi Masih Nak Sedekah, Ini Cara Boleh Buat

BACA: “Kena Pandai..,” Lelaki Kongsi Tiga Benda Pemandu E-Hailing Kena Peka Untuk Dapat “Income” Lebih

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.