Siakap Keli
CHONG WEI duta sukan johor
Gambar: Bernama

Chong Wei Sedia Tabur Bakti Dalam Pembangunan Sukan Johor

Chong Wei Sedia Tabur Bakti Dalam Pembangunan Sukan Johor

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaannya dalam menggalas tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor selepas dilantik oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Chong dalam satu kenyataan di Facebooknya rasminya menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh baginda dalam menabur bakti terhadap pembangunan sukan negeri itu.

“Saya amat berbesar hati dan berasa sangat rendah diri atas kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor melalui pelantikan saya sebagai penasihat badminton dan Duta Sukan Johor.

“Semangat Duli Yang Amat Mulia yang tidak berbelah bahagi terhadap sukan dan dedikasi baginda terhadap pembangunan sukan amat mengagumkan. Saya berkongsi komitmen ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan pembangunan sukan di Johor dan Malaysia.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuanku atas peluang yang luar biasa ini.

“Terima kasih kepada pihak media dan rakan-rakan saya atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” katanya.

https://www.facebook.com/leechongweiofficial/posts/pfbid02siLRjfkvhv77VURDFAwtduAxE7KCnVkyLpR3e3p3E88UqM6Uc7zi5Yk8SLzP3qHWl

Sumber: Lee Chong Wei

BACA: Isu KDA FC Tiada Dalam Liga M: Tan Sri Daud Bakar Ada Jawapan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.