Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Faisal Halim Piala
Kredit: Bernama

Faisal Halim Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Athirah

Faisal Halim Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan 27 senarai pemain Harimau Malaya untuk menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Pertembungan antara skuad negara bersama pasukan dari Nepal itu dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac ini.

Menerusi hantaran Football Association of Malaysia di Facebook, bintang bola sepak negara, Faisal Halim, dilihat bakal menyarung kembali jersi kebangsaan apabila namanya turut tersenarai sebagai penyerang skuad Harimau Malaya.

Antara nama yang kembali membarisi skuad ialah Dion Cools, Natxo Insa, Afiq Fazail, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

“Berikut senarai nama 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 17 Mac 2025,” kata hantaran berkenaan.

Mendapat perkenan dari Pemangku Sultan Johor

Sebelum ini, SK melaporkan perlawanan antara Malaysia dan Nepal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim setelah mendapat perkenan daripada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Keputusan ini turut diperkenan sebagai tanda permulaan revolusi skuad kendalian Peter Cklamovski itu.

“Ia susulan permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menukar perlawanan pada 25 Mac itu diadakan di Malaysia dan perlawanan pada 18 November 2025 pula berlangsung di Nepal berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Stadium Dasharath di Kathmandu masih sedang berjalan,” jelas FAM dalam kenyataan tersebut.

Orang ramai boleh mula dapatkan tiket perlawanan pada harga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Tiket akan dijual secara dalam talian www.tickethotline.com.my bermula Khamis, jam 10 pagi.

“FAM berharap para penyokong Harimau Malaya dapat hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan menentang Nepal nanti biar pun ia berlangsung ketika bulan Ramadan,” ujar FAM lagi.

Selain Nepal, kempen kelayakan itu menyaksikan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam dan Laos. Proses undian itu telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, pada Disember lalu.

Saingan antara pasukan-pasukan itu akan berlangsung secara timbal balik. Hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.

BACA: Warga Emas Cedera Kereta Dipandu Terlanggar Anak Gajah

Sumber: Football Association of Malaysia via Facebook