Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Insiden Melibatkan Sebuah Tren Di Stesen Abdullah Hukum
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan rel Laluan Kelana Jaya mengesahkan berlaku gangguan teknikal pada sebuah tren bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum, semalam.
Insiden yang tular di media sosial dilaporkan pada jam 10.43 malam tadi, berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.
Impak daripada insiden tersebut terdapat kepulan asap kecil dan bunyi dentuman.
“Pegawai Transit yang bertugas di dalam tren tersebut telah bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi. Tiada sebarang kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan,” jelas Rapid Rail menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Rapid Rail, tren yang mengalami kerosakan tersebut telah dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut.
“Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, pihak jurutera Rapid Rail telah mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada di tahap yang optimum dan selamat.
“Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di dalam tren ketika waktu puncak,” tambah Rapid Rail.
Dalam pada itu, Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar.
BACA: Panel Dinding Di Stesen Masjid Jamek Runtuh
BACA: Pokok Tumbang, Perkhidmatan Tren KTMB Terjejas
BACA: KTMB Sedia Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur Sempena Aidilfitri
Sumber: Rapid KL