Siakap Keli
Pempengaruh Dibunuh Ketika 'Live' 
Sumber: Kyodo News

Pempengaruh Maut Dibunuh Tragis Ketika ‘Live’ 

Pempengaruh Maut Dibunuh Tragis Ketika ‘Live’ 

Seorang pempengaruh media sosial, Airi Sato, 22, maut selepas diserang dan ditikam berkali-kali ketika sedang melakukan siaran langsung di sebuah jalan di pusat bandar Tokyo pada pagi Selasa.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 9:50 pagi di kawasan kediaman berhampiran sebuah stesen kereta api.

Gambar: Kyodo News

Mangsa sedang berjalan sendirian ketika seorang lelaki menyerangnya menggunakan sebilah pisau sepanjang 13 sentimeter.

Mangsa, yang berasal dari Tama, Tokyo, mengalami kecederaan parah akibat tikaman bertubi-tubi di bahagian leher dan dada.

Dia kemudiannya segera dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang saksi, lelaki berusia 50-an berkata, dia mendengar jeritan meminta tolong sebelum melihat seorang wanita terbaring di jalan kira-kira 300 meter dari stesen kereta api yang sibuk itu.

Seorang lagi saksi, wanita berusia 40-an, menyatakan bahawa dia melihat seorang lelaki memakai topi hitam dan topeng memukul mangsa sebelum dia rebah ke tanah.

Selepas itu, lelaki tersebut menghalakan telefon pintarnya ke arah tubuh mangsa yang tidak berdaya.

Saksi turut melaporkan bahawa suspek kelihatan tenang berdiri berdekatan mangsa selepas serangan itu.

Susulan itu, Polis Metropolitan Tokyo menahan suspek yang merupakan lelaki berusia 42 tahun di tempat kejadian.

Ketika ditangkap, suspek memiliki dua bilah pisau, satu daripadanya ditemui berlumuran darah di kakinya, manakala satu lagi disimpan dalam beg galasnya.

Punca pembunuhan

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek saling mengenali sejak tahun 2021 melalui aktiviti penstriman video yang dijalankan oleh mangsa.

Suspek dipercayai mula memberikan pinjaman wang kepada mangsa sekitar tahun 2022.

Suspek mendakwa telah meminjamkan lebih daripada 2 juta yen kepada mangsa tetapi tidak menerima bayaran balik.

Laporan polis juga mendedahkan bahawa suspek telah membawa kes hutang ini ke mahkamah pada tahun 2023 dan memenangi tuntutan sebanyak 2.5 juta yen.

Namun, pada Januari 2024, dia menghubungi pihak berkuasa di Tochigi kerana mendakwa mangsa telah menghilangkan diri selepas keputusan mahkamah.

Menurut sumber penyiasatan, suspek membeli pisau survival itu melalui pesanan dalam talian dua hingga tiga bulan sebelum kejadian.

Dia mengikuti perkembangan mangsa dan menjejaki keberadaannya dengan menonton siaran langsung yang dibuat oleh mangsa di sekitar Tokyo.

Meski telah menikam mangsa lebih daripada 30 kali, suspek mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, pihak polis percaya tindakan kejamnya berpunca daripada perasaan dendam.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat lebih lanjut motif sebenar kejadian dan akan mendakwa suspek atas tuduhan membunuh dengan sengaja.

BACA: Rangka Manusia Ditemui Dalam Kereta Terbiar 5 Tahun Di Asrama Polis

BACA: Diarah Masuk Kerja Awal 5 Minit, Pekerja Dapat Pampasan

BACA: Pengurus HR Tipu Syarikat RM9.7 Juta, Kaut Gaji “Pekerja Rekaan”

Sumber: Kyodo News (1) (2)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.