Siakap Keli
Arah Kakitangan Datang 5 Minit
Kredit: AFP

Diarah Masuk Kerja Awal 5 Minit, Pekerja Dapat Pampasan

Diarah Masuk Kerja Awal 5 Minit, Pekerja Dapat Pampasan

Sebuah bandar di Jepun yang mengenakan peraturan datang kerja lima minit lebih awal setiap hari diperintahkan untuk membayar pampasan lebih 10 juta yen (RM299,267) kepada semua kakitangan kerajaan kerana kerja lebih masa.

Menurut South China Morning Post, peraturan itu ditetapkan kepada semua kakitangan untuk menghadiri mesyuarat.

Bagaimanapun, bayaran tunai untuk kakitangan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya.

Kejadian ini bermula pada 26 Februari 2021 apabila seramai 146 kakitangan kerajaan di bandar Ginan, wilayah Gifu, berdekatan pulau utama Jepun iaitu Honshu dikehendaki datang kerja kira-kira jam 8.25 pagi iaitu lima minit lebih awal daripada sepatutnya.

Datuk Bandar arah kakitangan datang 5 minit lebih awal

Difahamkan, dasar itu dilaksanakan oleh bekas Datuk Bandar, Hideo Kojima yang mewajibkan 146 kakitangannya mematuhi peraturan itu mulai 1 Mac 2021.

Walaupun tidak memberikan alasan jelas untuk perubahan itu, Kojima terkenal dengan gaya pengurusannya yang keras dan didakwa memiliki tingkah laku agresif.

Sebagai contoh, beliau sering memarahi pekerja bawahan, berulang kali mengancam mereka dengan penurunan pangkat atau pemecatan sekiranya tidak mematuhi arahan.

Kojima menafikan tuduhan itu, namun meletak jawatan pada Februari lalu menyebabkan polisi itu ditamatkan pada Mac lepas.

Semua kakitangan dibayar pampasan sebanyak RM326,201

Namun begitu, kakitangan berpendapat bahawa bekerja tambahan lima minit setiap hari harus dipertimbangkan sebagai kerja lebih masa.

Dalam pada itu, mereka turut memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun pada Disember 2023 untuk menuntut bayaran lebih masa selama tiga tahun lalu.

Suruhanjaya memutuskan memihak kepada kakitangan dan mengarahkan bandar itu membayar pampasan kepada mereka, membabitkan lebih daripada 10.9 juta yen (RM326,201) pada November lalu.

Pada 28 Februari, cadangan belanjawan tambahan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangani isu pampasan berkenaan, namun elaun itu masih belum dibayar setakat ini.

Menurut Forum Ekonomi Dunia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, kira-kira satu daripada 10 kakitangan Jepun menghabiskan lebih 80 jam kerja lebih masa setiap bulan.

BACA: KDN Tiada Hasrat Ikut Langkah AS Berhubung Dasar Hantar Pulang Pendatang Tanpa Izin

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.