Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
KDN Tiada Hasrat
Kredit: Bernama

KDN Tiada Hasrat Ikut Langkah AS Berhubung Dasar Hantar Pulang Pendatang Tanpa Izin

Athirah

KDN Tiada Hasrat Ikut Langkah AS Berhubung Dasar Hantar Pulang Pendatang Tanpa Izin

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) buat masa ini tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat (AS) berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal sebagai dasar baharu lebih keras bagi menyelesaikan isu lambakan warga asing dalam negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata ini kerana KDN sentiasa menambah baik prosedur kawalan dan penguatkuasaan peraturan imigresen untuk mengawal keberadaan pendatang tanpa izin.

“Antara usaha penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan kementerian ini bersama-sama agensi di bawahnya, termasuk kawalan sebelum kemasukan ke dalam negara dan penggunaan teknologi dalam kawalan pintu masuk negara.

“Selain itu, kita juga melaksanakan kawalan keberadaan pendatang tanpa izin dalam negara selain melaksanakan operasi penguatkuasaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan yang ingin mengetahui adakah kementerian bercadang mengikut langkah AS dalam dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal sebagai dasar baharu lebih keras bagi memastikan isu lambakan warga asing dalam negara dapat diselesaikan.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Azhar Ahmad yang ingin mengetahui jumlah pendatang tanpa izin ditahan tahun ini dan jumlah telah diusir keluar ke negara asal, Shamsul Anuar berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 10 Mac tahun ini, Jabatan Imigresen sudah melaksanakan lebih 2,679 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan 9,904 pendatang tanpa izin.

“Tangkapan ini melibatkan warga asing dari pelbagai negara dan 348 majikan atas pelbagai kesalahan imigresen di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen.

“Bagi tempoh setakat 9 Mac tahun ini, jumlah pengusiran terkumpul dari depoh imigresen adalah 9,199 orang,” katanya.

BACA: Empat Tahun Menanti, Bapa Sebak Beri Ciuman Terakhir Di Wajah Anak

Sumber: Bernama