Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

IPOH, 6 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad lepas ditemukan maut di kawasan kebun berhampiran pusat rekreasi dan inap desa di Batu Kurau hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat Zakaria Shamsudin, 42, pada 12.19 tengah hari tadi.
“Polis mengesahkan mayat itu ialah individu yang dilaporkan hilang hampir seminggu lepas.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 1 Jun, Zakaria dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau kira-kira 4 petang Ahad lepas bersama-sama anak tirinya.
Mangsa dipercayai menuju ke kawasan belukar kira-kira 300 meter dari rumah dan dilaporkan hilang daripada pandangan ketika anak tirinya berhenti untuk mengikat tali kasut.