Siakap Keli
Rapid Kuantan Dan Lori
Kredit: Bernama

Enam Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Bas Rapid Kuantan Dan Lori

Enam Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Bas Rapid Kuantan Dan Lori

KUANTAN, 17 Mac (Bernama) — Enam individu cedera, manakala seorang terselamat dalam kemalangan melibatkan bas Rapid Kuantan laluan 500 (Hab Bandar – Sungai Lembing) dengan sebuah lori di Simpang Pancing, Sungai Lembing kira-kira 11.50 pagi di sini pagi tadi.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu menyebabkan empat daripada lima penumpang selain pemandu bas dan pemandu lori mengalami kecederaan, dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut.

“Rapid Bus amat kesal atas insiden ini dan mengutamakan kebajikan semua yang terlibat. Kami akan berhubung dengan mangsa dan keluarga mereka untuk memberikan sokongan yang diperlukan.

“Pada masa sama, Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan agar punca kejadian dapat dikenal pasti dan langkah-langkah penambahbaikan diambil bagi memastikan keselamatan operasi kami terus terjaga,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan akan memberikan perkembangan terbaharu nanti.

BACA: Kak Cik Yah: Sensasi TikTok Pada Usia 75, Mahu Kolaborasi Dengan Khairul Aming

BACA: Haiwan Juga Boleh Alah Terhadap Manusia? Ini Fakta Yang Mengejutkan

BACA: Lelaki Sesat Jalan, Naik Motor Sendiri Tapi “Order” E-Hailing

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: