Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
lelaki sesat jalan
Kredit: @typical._.65 via TikTok
Tiada Kategori

Lelaki Sesat Jalan, Naik Motor Sendiri Tapi “Order” E-Hailing

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Sesat Jalan, Naik Motor Sendiri Tapi “Order” E-Hailing

Seiring dengan peredaran zaman, perkhidmatan e-hailing telah menjadi satu elemen penting dalam sistem pengangkutan moden.

E-hailing merujuk kepada perkhidmatan tempahan kenderaan melalui aplikasi mudah alih, membolehkan pengguna mendapatkan pengangkutan dengan lebih cepat.

Salah satu kelebihan utama perkhidmatan e-hailing adalah kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan kepada pengguna.

Dengan hanya menggunakan telefon pintar dan internet, pengguna boleh menempah perjalanan ke destinasi mereka tanpa perlu bersusah payah.

Tidak dinafikan, pemandu e-hailing sering mengalami pelbagai aneh sewaktu bekerja. Ada yang melibatkan penumpang pelik, kejadian mistik, permintaan luar biasa, atau insiden yang mencuit hati.

Order grab semata-mata minta tunjukkan jalan”

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video milik salah seorang pemandu e-hailing yang menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @typical._.65, kelihatan lelaki ini sedang berada di dalam sebuah kereta sambil dilihat menunggu lampu isyarat.

Ketika sedang menunggu, dia sempat menunjukkan aplikasi navigasi pada paparan skrin telefon yang diletakkan pada alat pemegang bebas tangan dan memaparkan alamat lokasi pelanggannya.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila pelanggan lelaki tersebut merupakan seorang penunggang motosikal yang berada di belakang keretanya.

Difahamkan, penunggang motosikal berkenaan terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk menunjukkan lokasi yang ingin dituju.

“Selama aku bawa grab, hari ini aku dapat order paling pelik. Mamat motor (pelanggan) tersesat jalan, jadi dia order grab semata-mata minta tunjukkan jalan,” katanya.

Bagi @typical._.65, ia merupakan pengalaman paling aneh yang pernah dihadapi sepanjang menjadi pemandu e-hailing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari warga maya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu. Ada juga pemandu e-hailing yang lain turut berkongsi kisah yang tidak dapat dilupakan.

Dalam masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa kemungkinan telefon pelanggannya kehabisan bateri, tidak dapat mengakses aplikasi, ataupun sukar membaca peta sambil bergerak.

BACA: Pandai Pilih Tempat, Dua Kucing Selesa ‘Lepak’ Dalam Keranda

Sumber: @typical._.65 via TikTok