Siakap Keli
lelaki diserang parang
Sumber: BERNAMA

Insiden Tular Di Politeknik Ungku Omar Adalah Sebahagian Latihan Ex Kurung

Insiden Tular Di Politeknik Ungku Omar Adalah Sebahagian Latihan Ex Kurung

Insiden tular membabitkan serangan kumpulan bersenjata di Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh adalah sebahagian daripada latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan membabitkan pasukan 69 Komando PGK.

Perkara itu dimaklumkan oleh Polis Daerah Ipoh dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, latihan skala kecil ini bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk PDRM, PUO dan Hospital Permaisuri Bainun (HRPB).

Ia membabitkan aspek pengurusan dan pengendalian krisis keganasan sepertimana yang digariskan dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18.

“Pada 17 Mac 2025 jam lebih kurang 9.04 pagi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh telah terima laporan daripada Pegawai Keselamatan PUO Ipoh berkaitan serangan kumpulan bersenjata di PUO.

“Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu telah menjadikan seorang pensyarah dan beberapa orang pelajar sebagai tebusan.

“Laporan ini merupakan permulaan kepada senario latihan yang dinamakan Ex Kurung,” katanya.

Menurut Abang Zainal lagi, kehadiran jumlah petugas PDRM yang ramai, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan termasuk pesawat helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM di kawasan PUO dan sekitar adalah sebahagian daripada latihan Ex Kurung.

“Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan ini,” tambahnya lagi.

https://www.facebook.com/100064627391882/posts/1061831855981051/?rdid=McRDIRXPGyLRThHr#

BACA: Kebakaran Babitkan Deretan Kedai Di Jitra

BACA: Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

BACA: Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi

Sumber: Polis Daerah Ipoh

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.