Siakap Keli
Kebakaran kedai Jitra
Gambar: Video tular/JBPM

Kebakaran Babitkan Deretan Kedai Di Jitra

Kebakaran Babitkan Deretan Kedai Di Jitra

Empat buah kedai yang menjual barangan plastik di Pekan Jitra musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 9.13 malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta BBP Bukit Kayu Hitam bersama tiga jentera dan sebuah lori tangki air (Water Tanker) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi api sedang merebak dan Komander Operasi melaporkan terdapat bahan plastik dan kotak yang memudahkan api marak dengan pantas.

“Tindakan pemadaman dilakukan dengan dua aliran tiga pancutan sambil dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tunjang.

“Selepas empat jam kerja pemadaman api berjaya dikawal pada jam 1.11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebakaran tersebut dianggarkan memusnahkan lebih 90 peratus daripada keseluruhan bangunan jenis kekal yang menempatkan empat buah kedai berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Tambah beliau lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan.

BACA: Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

BACA: Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi

BACA: Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Kini Cecah 113 Hektar – Bomba Pahang

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.