Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Sumatera Utara
Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara, pada jam 6.22 pagi, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 1.8° Utara dan 99.2° Timur, dengan magnitud 5.1 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 41 kilometer dari Sibolga, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, N.Sembilan, Melaka dan Johor.
Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.
Dalam pada itu, satu lagi gempa sederhana dilaporkan telah berlaku di Rantau Timor, Indonesia pada jam 1.42 pagi tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 9.4° Selatan dan 124.2° Timur, dengan magnitud 5.1 pada skala Richter.
METMalaysia memaklumkan bahawa pusat gempa bumi ini terletak 112 kilometer Timur Laut dari Kupang, Indonesia, dengan kedalaman 106 kilometer.
BACA: Pengguna Facebook Setuju Turunkan Hantaran Berkaitan Nabi, Buat Permohonan Maaf – JAKIM
BACA: Pelajar IPT Cedera Parah Ditikam Rakan Lelaki
BACA: KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Dengan Skor Hampir Sempurna
Sumber: METMalaysia