Segak Berbaju Melayu, Rodtang Curi Tumpuan Ketika Sesi Face-Off
Pertarungan antara Rodtang Jitmuangnon dan Takeru Segawa pada 23 Mac nanti sememangnya menjadi topik hangat dalam kalangan peminat seni bela diri.
Dijadualkan berlangsung di Saitama Super Arena, Jepun di bawah acara ONE 172, ia bakal menyaksikan dua jaguh itu bertarung dalam aksi penuh debaran.
Baru-baru ini, sesi Face-Off antara keduanya telah diadakan sebagai tanda permulaan kepada pertarungan yang dinantikan.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah penampilan luar biasa Rodtang Jitmuangnon.
Rodtang, juara ONE Championship yang dikenali dengan gelaran “The Iron Man”, tampil segak dengan baju Melayu berwarna hitam, lengkap dengan bersamping.
Di sisi lain, Takeru Segawa pula memilih sut lengkap berwarna cerah yang menampilkan gaya kemas dan moden.
@onechampionship A showdown years in the making 👊 Takeru and Rodtang throw down in an epic kickboxing super-fight on March 23 at Saitama Super Arena! 🇯🇵 Secure your early-bird PPV for ONE 172 now! 🔥 @rodttang @k1takeru Buy ONE 172: Takeru vs. Rodtang on PPV NOW 👉 link in bio #ONE172 | Sunday March 23 at 4PM JST/12AM PT 🌏🇯🇵🎟️ Global PPV, Japan PPV, and ticketing links in bio
“Takkan Melayu hilang di dunia”
Dalam perkongsian lain, pengasas jenama terkenal Elrah Exclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, memuat naik video Rodtang yang kelihatan bangga mengenakan pakaian tradisional Melayu tersebut.
“Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.
“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?
“Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide .
“Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,” tulisnya dalam hantaran di TikTok.
@elazman Takkan Melayu hilang di dunia. Bila seorang juara dunia, @รถถัง จิตรเมืองนนท์ , mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang. Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli? Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide . Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita. good luck @rodtang_jimungnon dan @Tawanchay
Untuk info, Rodtang kini bekerjasama dengan Elrah Exclusive selepas dilantik sebagai duta rasmi untuk koleksi baju Melayu mereka.
BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS
BACA: Tip: 18 Penjagaan Sistem Brek Yang Ramai Terlepas Pandang
BACA: Dakwa Tahan Bersin, Doktor Dedah Wanita Diserang Strok
Sumber: TikTok @onechampionship, TikTok @elazman