Tip: 18 Penjagaan Sistem Brek Yang Ramai Terlepas Pandang
Memandu kereta pada kelajuan tinggi kadangkala boleh membawa risiko besar kepada pemandu dan penumpang, terutama apabila jalan licin akibat hujan atau tumpahan minyak.
Oleh itu, setiap kenderaan dilengkapi dengan brek, yang berfungsi untuk mengawal kelajuan dan membantu mengurangkan risiko kemalangan seperti terbabas atau menuruni kawasan curam.
Bagaimanapun, kadangkala sistem brek boleh mengalami kegagalan semasa memandu.
Tidak dinafikan, situasi ini mengerikan apabila saban hari kita ‘disajikan’ dengan berita kemalangan jalan raya atau kenderaan terjatuh gaung melibat masalah ini.
Oleh sebab itu, penting bagi pemandu untuk sentiasa memeriksa dan memastikan brek kenderaan dalam keadaan baik.
Mekanik kongsi 18 penjagaan sistem brek
1. Selalu periksa pad brek – Pastikan pad brek tak terlalu nipis dan tukar baru bila ketebalannya kurang daripada 1/4 inci.
2. Tukar cairan brek setiap dua tahun – Untuk elak karat dan masalah pada sistem brek, gantilah cairan brek mengikut jadual servis.
3. Semak tahap cairan brek – Pastikan cairan brek cukup dan tambah jika perlu.
4. Bersihkan drum brek dan rotor – Debu atau kotoran boleh kurangkan keberkesanan brek, jadi pastikan ia bersih.
5. Periksa hos dan paip brek – Pastikan tiada kebocoran atau kerosakan pada hos dan paip brek.
6. Ganti disc brek yang haus – Jika disc brek sudah tipis atau tidak rata, lebih baik ganti baru.
7. Adjust brek tangan – Pastikan brek tangan berfungsi baik dan laraskan jika perlu.
8. Dengar bunyi dari sistem brek – Jika ada bunyi geseran atau bunyi pelik lain, itu tanda ada masalah.
9. Perhatikan respons brek yang lambat – Jika brek rasa lembut atau lambat, mungkin ada udara dalam sistem atau masalah pada master silinder.
10. Pastikan pad brek haus secara sama rata – Pad brek yang haus tidak sekata boleh sebabkan brek jadi tidak stabil.
11. Gunakan alat ganti berkualiti – Selalu pilih alat ganti yang sesuai dengan spesifikasi pengeluar.
12. Bawa ke bengkel untuk periksa brek – Dapatkan khidmat profesional untuk periksa sistem brek secara terperinci.
13. Pastikan sistem ABS berfungsi baik – Sistem Anti-lock Braking System (ABS) penting untuk elakkan roda terkunci bila brek kuat.
14. Elakkan brek secara mengejut dan cuba untuk pandu secara perlahan akan memanjangkan hayat sistem brek.
15. Gunakan grease tahan panas untuk brake pin – Pastikan menggunakan grease yang sesuai untuk brake pin, jenis yang tahan terhadap panas tinggi.
16. Pasang shim pada brake pad – Gunakan shim untuk mengurangkan bunyi bising dan getaran, serta memastikan pemasangan pad brek yang lebih stabil.
17. Bersihkan komponen brek dengan brake cleaner secara berkala – Gunakan brake cleaner untuk membersihkan komponen sistem brek setiap kali servis atau setiap beberapa bulan sekali tergantung pada penggunaan.
18. Periksa dan ganti spring pada brake shoe jika perlu – Pastikan spring pada brake shoe dalam kondisi baik dan tidak karat atau patah, ganti jika diperlukan untuk fungsi yang optimal.
Semoga bermanfaat.
BACA: Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
BACA: Angkasawan ‘Terkandas’ Bakal Pulang Ke Bumi
BACA: Tengah Masak Tapi Gas Habis, Wanita Kongsi Solusi ‘Kreatif’
Sumber: Muhammad SE via Facebook