Siakap Keli
Pemain Warisan Harimau Malaya
Kredit: Malaysia NT

Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya

Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya

Latihan pusat skuad kebangsaan yang memasuki hari ketiga di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam, telah mencuri perhatian ramai.

Kehadiran dua pemain warisan baharu, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menjadi tumpuan utama.

https://www.facebook.com/watch/?v=633879679650116&t=6

Difahamkan, mereka bakal memperkukuh skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan penting menentang Nepal dalam aksi pembukaan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa depan itu amat dinanti-nantikan oleh para penyokong.

Untuk info, Hevel merupakan pemain tengah berusia 28 tahun kelahiran Belanda yang kini beraksi bersama kelab Portugal, Portimonense.

Sementara itu, Palmero, 23, berasal dari La Palma, Sepanyol, dan kini menyarung jersi CD Tenerife B dalam saingan Liga Segunda Federacion.

Dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, kedua-dua pemain ini diyakini mampu memberi impak besar terhadap corak permainan Harimau Malaya.

Selain itu, kehadiran mereka juga diharap dapat meningkatkan kekuatan pasukan dalam menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa.

BACA: Safee Sali Lelong Jersi Ikonik Miliknya, Ada Terjual Hingga RM3K

BACA: Padang SNBJ Cantik, Sedia Untuk Aksi Final Piala Malaysia April Ini 

BACA: Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah Juara Jelajah PBA

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: