Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Surau "T20" Curi Tumpuan
Kredit: @ariffash via TikTok
Tiada Kategori

Surau “T20” Curi Tumpuan, Hidang Makanan Mewah Ketika Moreh

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Surau “T20” Curi Tumpuan, Hidang Makanan Mewah Ketika Moreh

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Selain itu, ia adalah bulan yang dinantikan kerana membawa pelbagai keistimewaan, termasuk peluang untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Salah satu amalan istimewa yang hanya terdapat pada bulan ini ialah solat sunat Tarawih, di mana umat Islam berpeluang untuk menunaikan solat Tarawih di masjid atau surau secara berjemaah.

Kemeriahan ini turut diraikan lagi dengan hidangan moreh yang sering disediakan di masjid atau surau sepanjang bulan Ramadan. Ia turut melambangkan semangat kebersamaan dan ukhuwah sesama jemaah yang hadir untuk beribadah.

Hidangan moreh di “surau T20” jadi perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok menunjukkan hidangan mewah untuk moreh para jemaah di sebuah surau di Lembah Klang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ariffash, pada awalnya dia berkunjung ke Surau Elmina Garden untuk merasai pengalaman solat tarawih di surau tersebut.

Difahamkan, ramai pengikut meminta Ariff pergi ke surau yang sering dikunjungi oleh golongan T20 untuk meninjau suasana.

Sebaik berada di sana, Ariff menunjukkan surau berkenaan dibanjiri oleh para muslimin dan muslimat yang sedang menjamu selera selepas selesai ibadah tarawih.

Video berdurasi 17 saat memaparkan pelbagai jenis makanan seperti kambing bakar, roti canai, dan kerang bakar telah dihidangkan buat mereka yang datang melakukan tarawih di surau itu.

Kagum dengan keadaan surau yang bersih

Menurut Ariff, para jemaah menunaikan solat tarawih sebanyak lapan rakaat serta witir.

Namun, ia dilakukan dengan selingan tazkirah, di mana mereka akan menunaikan empat rakaat terlebih dahulu, kemudian berehat sambil mendengar tazkirah sebelum menyambung empat lagi rakaat bersama witir.

Dalam masa sama, pengguna TikTok ini turut memuji keadaan surau yang bersih dan kemas.

Menerusi ruangan komen, ada juga yang memaklumkan bahawa pada hari berkenaan terdapat program berbuka puasa perdana. Oleh itu, hidangan kambing bakar disediakan oleh pihak surau.

BACA: Polis Tahan Penjawat Awam Disyaki Hina Nabi Muhammad Di Laman Sosial

Sumber: @ariffash via TikTok