Siakap Keli
pantai merah selepas hujan
Gambar: Instagram

Tular Pantai Bertukar “Merah” Selepas Hujan, Saintis Dedah Perkara Sebenar

Tular Pantai Bertukar “Merah” Selepas Hujan, Saintis Dedah Perkara Sebenar

Baru-baru ini tular beberapa klip memaparkan sebuah pantai di Iran bertukar menjadi “merah” selepas dilanda hujan, lapor The Independent.

Difahamkan, kejadian berlaku di Pulau Hormuz, yang terletak di Selat Hormuz di persimpangan Teluk Oman dan Teluk Parsi.

Fenomena berkenaan mencetuskan kebimbangan dan pertanyaan dalam masyarakat mengenai punca sebenar perkara yang berlaku.

Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan arus air berwarna merah pekat menuruni tebing batu pantai sebelum mengalir masuk ke dalam laut. Pemandangan itu tak ubah seperti berlakunya ‘hujan berdarah’.

https://www.instagram.com/p/DGYjmQJoKCf/

https://www.instagram.com/p/DF0f6KYo115/

Rupanya ini sebab air hujan berwarna merah

Susulan itu, fenomena berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk Profesor Brent Ward dari Jabatan Sains Bumi, Universiti Simon Fraser.

Jelasnya, fenomena yang berlaku di Pulau Hormuz itu disebabkan terdapat unsur logam paling banyak di dalam tanah pulau tersebut.

Tambahnya, warna pada merah pantai adalah hasil daripada interaksi tanah merah yang kaya zat besi dengan air hujan.

Sementara itu, dalam satu kajian turut memaklumkan perkara yang sama.

“Jisim yang naik ini bukan semata-mata terdiri daripada garam. Di dalamnya terdapat lapisan tanah liat, karbonat, syal, dan batu gunung berapi yang kaya zat besi.

“Sebahagiannya berubah menjadi warna merah, kuning, dan oren terang apabila bergerak ke atas (tanah) dan berinteraksi dengan air serta mineral dari lapisan batu lain,” maklum Balai Cerap NASA dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, tanah di Pulau Hormuz sangat kaya dengan mineral sehingga ia digunakan sebagai rempah tempatan dan memainkan peranan penting dalam budaya makanan serantau.

Tanah merah ini digunakan dalam penyediaan roti khas tempatan di Hormuz yang dipanggil “tomshi”.

Walau bagaimanapun, saintis memberi amaran terhadap penggunaan tanah ini dalam masakan kerana kandungan logam berat yang tinggi.

Gurun Sahara Dilanda Banjir Buat Pertama Kali Selepas Beberapa Dekad

Pada tahun 2024, Gurun Sahara yang terkenal sebagai kawasan ‘tanah gersang’ dinaiki limpahan takungan air.

Berdasarkan imej terkini, ‘tasik besar’ telah terbentuk di antara bukit pasir selepas Sahara dilanda banjir buat pertama kali dalam beberapa dekad

Sumber: The Independent

BACA: Tandas Sekolah Dibaiki Selepas ‘Aduan Langsung’ Murid Kepada PM Anwar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.