Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Jemaah Umrah Indonesia Maut
Kredit: Bernama

Enam Jemaah Umrah Indonesia Maut Dalam Kemalangan Di Arab Saudi

Athirah

Enam Jemaah Umrah Indonesia Maut Dalam Kemalangan Di Arab Saudi

JAKARTA, 21 Mac (Bernama) — Enam jemaah umrah dari Indonesia maut, manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan bas di jalan Madinah-Mekah, Arab Saudi pada Khamis, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Pengarah Perlindungan Warganegara kementerian itu, Judha Nugraha berkata bahawa kejadian berlaku pada 1.30 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Indonesia barat) di Wadi Qudeid, kira-kira 150 kilometer dari Jeddah.

“Berdasarkan laporan awal, bas itu terlibat dalam perlanggaran, kemudian terbalik lalu terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah segera dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan menghantar pasukan dari Unit Perlindungan Warganegara Indonesia ke lokasi kejadian.

Para pegawai kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi, hospital, pengendali pelancongan, Kementerian Haji, Muassasah dan syarikat bas bagi menilai situasi serta memberikan bantuan sewajarnya.

“Kementerian Luar turut bekerjasama dengan Kementerian Agama dan agensi umrah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai jemaah Indonesia yang terlibat serta keluarga mereka di tanah air,” kata Judha.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Arab Saudi untuk menerima rawatan, manakala keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Kerajaan Indonesia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban serta memberi jaminan bahawa sokongan akan terus diberikan kepada mereka yang sedang menerima rawatan,” katanya.

BACA: Singapura Beri Bantuan Hampir RM20K Setiap Bulan Kepada Penggangur

BACA: Tular Menyanyi Ketika Bertugas, Pegawai Polis Ditukar Jabatan

Sumber: Bernama