Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pegawai Polis Ditukar Jabatan
Kredit: @kea_kea5 via TikTok

Tular Menyanyi Ketika Bertugas, Pegawai Polis Ditukar Jabatan

Athirah

Tular Menyanyi Ketika Bertugas, Pegawai Polis Ditukar Jabatan

Seorang pegawai polis di Thailand telah ditukarkan ke jabatan lain selepas sebuah video tular memaparkan dia sedang menyanyi di sebuah lokasi hiburan ketika bertugas, lapor The Thaiger.

Menerusi video yang dimuat naik oleh beberapa pengunjung, pegawai berkenaan dilihat memakai pakaian seragam polis sambil menyanyi bersama kumpulan muzik.

Dia sempat menyanyikan sebuah lagu daripada kumpulan rock Thailand, Labanoon selepas pengunjung menghulurkan mikrofon kepadanya dan sekuntum bunga ros.

Menurut The Thaiger, dia meminta diri lalu menyambung tugasnya selepas menyampaikan lagu berkenaan.

Anggota polis itu sedang disiasat atas kesalahannya

Selepas video itu menjadi tular, pegawai tersebut dipindahkan daripada jawatannya di Balai Polis Uthai untuk bertugas di ibu pejabat Polis Diraja Thailand, di mana jawatankuasa khas akan menyiasat kelakuannya menyanyi sewaktu bertugas.

Dalam masa sama, tugas hariannya juga akan dipantau rapi di ibu pejabat.

Difahamkan, video itu menerima komen positif daripada pengguna media sosial, dengan rata-rata mereka beranggapan bahawa pegawai polis tersebut cuba menghiburkan orang ramai.

Malah, ada yang berpendapat bahawa dia telah membantu mengubah imej polis daripada sukar didekati kepada lebih mesra.

Perkembangan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai, dengan ada yang bersetuju bahawa pegawai tersebut perlu diberi hukuman kerana terlibat dalam aktiviti hiburan sewaktu menjalankan tugas.

The Thaiger berkata, ada juga yang berpendapat bahawa tindakannya tidak menimbulkan sebarang isu besar kerana ia membantu meningkatkan imej polis Thailand.

BACA: Surau “T20” Curi Tumpuan, Hidang Makanan Mewah Ketika Moreh

BACA: “Abah Tengah Laungkan Azan,” Anak Selamatkan Bapa OKU Dalam Kebakaran

Sumber: The Thaiger