Chef Itali Review Mentega Farm Fresh, Curi Tumpuan Ramai
Februari lalu, jenama tempatan kegemaran ramai, Farm Fresh, sekali lagi mencuri tumpuan dengan pelancaran produk terbaharu mereka – mentega.
Sebagai jenama yang sinonim dengan produk tenusu segar, ramai tertanya-tanya adakah mentega ini benar-benar setanding atau lebih baik daripada jenama antarabangsa di pasaran?
Untuk menjawab persoalan ini, seorang chef terkenal dari Singapura, Chef Gero DiMaria, tampil memberikan ulasan jujur mengenai mentega Farm Fresh ini.
Untuk info, Chef Gero DiMaria adalah seorang mualaf berketurunan Itali.
Beliau merupakan pengasas kepada restoran halal Itali pertama di Singapura, Kucina Italian Restaurant, yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Dengan pengalaman bertahun lamanya dalam dunia kulinari, beliau dapat memberikan gambaran sebenar mengenai kualiti mentega ini.
Betul ke mentega Farm Fresh ni power?
Untuk memastikan kualiti sebenar mentega ini, Chef Gero menjalankan tiga ujian utama yang biasa digunakan oleh pakar kulinari.
1. Mencairkan mentega
Chef Gero memanaskan mentega di atas dapur dan mendapati teksturnya sangat creamy – lembut dan mudah cair, tanda kualiti lemak yang baik.
Menariknya, apabila mentega cair sepenuhnya, ia mula berbuih tetapi tidak mengeluarkan percikan air yang banyak. Ini menunjukkan kandungan air di dalamnya terkawal dan lemaknya lebih pekat.
Jika dibiarkan lama di atas api, mentega ini menghasilkan aroma kekacangan yang memikat dan bertukar menjadi warna perang keemasan – ciri klasik mentega berkualiti tinggi.
2. Rasa mentega
Dari segi rasa, mentega Farm Fresh ini ringan dan halus di tekak, langsung tidak mempunyai rasa masam seperti cultured butter.
Bila dimakan begitu sahaja, ia tidak terlalu masin. Tetapi, bila disapu pada roti panas, rasa masinnya menjadi seimbang dan memuaskan, cukup untuk menaikkan selera.
3. Keserasian dengan kek dan pastri
Menurut Chef Gero, mentega ini sangat sesuai digunakan dalam pembuatan kek dan pastri kerana teksturnya yang lembut dan stabil.
https://www.instagram.com/reel/DHdTosyS8YF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=a451c8b0-2e1d-4d5d-b99f-2f1a68dbeb10
Jadi, adakah mentega Farm Fresh berbaloi dibeli?
Berdasarkan ujian menyeluruh ini, Chef Gero mengklasifikasikan mentega Farm Fresh sebagai mentega kelas sederhana (medium-range butter).
Walaupun tidak setanding dengan mentega premium Perancis, ia jauh lebih berkualiti daripada mentega biasa di pasaran.
BACA: ‘Kesilapan Menakutkan’ Ibu Hamil Selalu Buat – Doktor
BACA: Individu Kumpulan Darah A, B & O Diminta Segera Tampil – PDN
Sumber: @kucina_sg via Instagram