Siakap Keli
motosikal elektrik Pos Malaysia unik
Kredit: TikTok @sitisyeila

Motosikal Elektrik ‘Unik’ Milik Pos Malaysia Curi Tumpuan

Motosikal Elektrik ‘Unik’ Milik Pos Malaysia Curi Tumpuan

Sebagai syarikat perkhidmatan pos nasional yang popular di Malaysia, Pos Malaysia memang sudah menjadi “sebahagian daripada kehidupan harian rakyat” sejak berdekad lamanya.

Tak kira di bandar atau desa, kelibat van merah putih mereka pasti mencuri tumpuan, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan di mana jumlah penghantaran meningkat mendadak.

Menariknya, Pos Malaysia tak ketinggalan untuk ‘upgrade’ perkhidmatan mereka, apabila semakin banyak motosikal elektrik Pos Malaysia juga dilihat berlegar di jalan raya.

Jangan keliru, kebanyakan motosikal elektrik Pos Malaysia ni hampir serupa dengan motosikal rider makanan seperti Grab dan Foodpanda.

Tapi menariknya, motosikal elektrik Pos Malaysia yang baru-baru ini tular, mencuri perhatian ramai kerana reka bentuknya yang unik dan ‘comel’.

Mana tidaknya, ia bukan seperti motosikal biasa. Malah, rekaannya seolah-olah gabungan antara motosikal dan van mini, lengkap dengan bumbung khas untuk penunggangnya.

@sitisyeila

Aku sorg je ker baru tahu 😅… comel nyahh .. kpd abg rider tuh selamat bertugas Dan selamat hari rayaaaaa 😁 .. Semoga dipermudahkn segala urusan mreka semua.. Aaminn Ya ALLAH 🤲 ❤️… #poslaju #poslajumalaysia #riderposlaju #poslajucourior #poslajuelectric

♬ original sound – riana – riana

Steady la. Walaupun makin banyak syarikat courier, mereka tetap kukuh dan utuh”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya ‘terkejut’ dan dalam masa yang sama teruja melihat motosikal elektrik Pos Malaysia yang “lain daripada yang lain” itu.

“Hari kat bengkel ada abang pos malaysia hantar motor ev dia pergi bengkel. Comel betul ye. Hahaha. Saya pun baru tahu ada motor ni,”

“Comelnya. Nak kerja pos laju lah. Nak pakai tu juga, lori kerdil,”

“Makasih kak sharing. Sebab saya pun baru pertama kali tengok juga kat sini,”

Semoga abang rider Pos Malaysia sentiasa dilindungi dan selamat menjalankan tugas, mencari rezeki halal untuk keluarga tercinta.

BACA: Penduduk Batam Pilih Malaysia Sebagai “Laluan Balik Raya”

BACA: Yang di-Pertuan Agong Bayar Zakat RM10 Juta

BACA: PM Dedah Sistem Digital MAHB Diserang, Penggodam Tuntut USD10 Juta

Sumber: TikTok @sitisyeila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.