Siakap Keli
Amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 1 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Sik, selain Hulu Perak di Perak.

“Di Kelantan pula, daerah yang terlibat adalah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.

“Sementara itu, daerah terlibat di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Masjid MADANI Bakal Jadi Tumpuan Masyarakat Berbilang Di Malaysia 

BACA: Ronaldo, Messi Bakal Bersama Dalam Satu Pasukan

BACA: Pengadil EPL Raih Pendapatan ‘Luar Biasa’

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.