Siakap Keli
gempa bumi myanmar
Sumber: METMalaysia

Lagi, Gempa Bumi Gegar Myanmar

Lagi, Gempa Bumi Gegar Myanmar

Satu lagi gempa bumi telah dilaporkan berlaku di Myanmar pada jam 3:08 petang, sebentar tadi.

Gempa sederhana tersebut direkodkan pada koordinat 22.1° Utara dan 96.4° Timur, dengan magnitud 5.0 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 35 kilometer Timur Laut dari Mandalay, Myanmar, dengan kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/14YQ52JaZ9/

Untuk info, gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 turut berlaku di negara itu kira-kira 2.21 petang, pada Jumaat.

Susulan gempa kuat yang melanda kawasan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

Dalam pada itu, AFP sebelumnya melaporkan bahawa angka korban akibat gempa bumi tersebut kini melebihi 700 orang.

BACA: Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia

BACA: Buta Mata Tapi Celik Hati, Muhammad Hafizuddin ‘Bilal Cilik’ Masjid

BACA: WynSnow Salji Sebenar Ke KLCC

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: