Siakap Keli
Anjing Rottweiler Serang
Gambar: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Dua Anjing Rottweiler Serang Lima Individu Dilupuskan – Veterinar

Dua Anjing Rottweiler Serang Lima Individu Dilupuskan – Veterinar

BALING, 3 April (Bernama) — Dua ekor anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini pada Selasa telah dilupuskan semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Shaharul Amar Talib berkata pihaknya juga mengambil sampel daripada anjing itu bagi tujuan pengesanan penyakit rabies di Makmal Veterinar Wilayah Utara Bukit Tengah, Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di rumah pemilik anjing sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Pemeriksaan mendapati terdapat dua ekor anjing dewasa jenis Rottweiler jantan berwarna hitam belum dimandulkan dan kedua-duanya sukar didekati.

“Bagaimanapun, pemilik anjing memberi kerjasama dan menyerahkan anjing secara sukarela kepada petugas veterinar untuk tindakan selanjutnya serta bersetuju untuk dilupuskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan lima individu termasuk seorang penuntut sebuah universiti warga Arab Saudi cedera selepas digigit anjing terbabit yang terlepas dari sangkar.

Video memaparkan beberapa individu dirawat dan dibawa menaiki ambulans akibat serangan anjing itu juga tular di media sosial.

BACA: Remaja Ditahan, Didakwa Rancang Serangan Di Beberapa Masjid

BACA: “Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan

BACA: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Hingga 9 April

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.