Siakap Keli
kemalangan keluarga sendiri
Kredit: Instagram @bomboloni_abamsado

Hadap Jem Sebab Kemalangan, Tak Sangka Rupanya Keluarga Sendiri

Hadap Jem Sebab Kemalangan, Tak Sangka Rupanya Keluarga Sendiri

Musim perayaan ni, jalan sesak memang perkara biasa. Semua orang berpusu-pusu nak balik kampung, nak berkumpul dengan keluarga.

Kadang-kadang kesesakan berlaku sebab jumlah kenderaan yang terlalu banyak, tapi ada juga yang berpunca daripada kemalangan.

Baru-baru ni, satu rakaman dashcam yang dikongsi oleh sepasang suami isteri membuatkan ramai sebak.

Dalam video tu, mereka sedang dalam perjalanan, tersekat dalam jem yang panjang.

Mungkin seperti ramai yang pernah berhadapan situasi serupa, mereka juga menyangka ia sekadar satu lagi kemalangan biasa, sesuatu yang sering berlaku di musim perayaan.

“Jalan jem masa ni. Kitorang ingat orang lain accident,” tulisnya.

Tapi takdir punya aturan, hakikat yang menanti di depan mata lebih perit daripada yang mereka jangka.

“Yang, mak, Yang!”

Semakin menghampiri lokasi kemalangan, mereka menyedari bahawa kereta yang terlibat adalah milik keluarga sendiri.

Tak disangka, kereta dipandu adik ipar yang turut membawa ibu mereka berada di dalam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Bila sampai, nampak adik ipar terbaring… Dalam kepala ni, hanya terfikir tentang mak, sebab mak ada bersama dia. Allahuakbar… luluhnya hati ini. Kami baru saja makan dengan mak setengah jam sebelum itu… Sungguh, kami semua terkejut,” tambahnya.

https://www.instagram.com/p/DH7Jf9rhSZ7/

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi duka mendengar jeritan dalam video tersebut.

Tiada sesiapa yang akan bersedia berhadapan situasi tak terjangka.

Ramai mengucapkan takziah dan mendoakan semoga urusan keluarga terlibat dipermudahkan.

Takziah buat keluarga yang terlibat. Semoga mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

BACA: Kajian Dedah Lelaki Lebih Setia Kepada “Ini” Berbanding Pasangan

BACA: “Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan

BACA: Bukan Calang-Calang, Begini Ujian Pemilihan Anggota SMART

Sumber: Instagram @bomboloni_abamsado

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.