Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Selangor Dibatalkan – Amirudin
SHAH ALAM — Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Selangor esok dibatalkan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Pengumuman itu diberitahu selepas ia juga telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak-anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan.
“Mewakili seluruh warga kerajaan negeri, saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan ini demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau turut meluahkan penghargaan kepada pasukan petugas dan pelaksana yang bertungkus lumus memastikan majlis itu boleh berjalan seperti yang dirancangkan.
“Saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama…semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak,” katanya lagi.
Sumber: Facebook Amirudin Shari