Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Mulakan Rundingan Tarif Dengan Tiga Negara – Laporan

Iqbal Yasir
trump tarif negara
Gambar: Bernama

Trump Mulakan Rundingan Tarif Dengan Tiga Negara – Laporan

WASHINGTON, 5 April (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengadakan rundingan dengan wakil-wakil dari Vietnam, India dan Israel berhubung tarif baharu yang dikenakan ke atas barangan import, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan CNN.

Menurut laporan itu, Trump sedang berhubung dengan wakil ketiga-tiga negara berkenaan bagi merundingkan perjanjian perdagangan secara individu yang boleh meredakan pelaksanaan tarif yang dicadangkan sebelum tarikh akhir minggu hadapan, memetik sumber sebagai berkata.

Pada Rabu, Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import ke AS bermula 5 April, manakala tarif timbal balik yang lebih tinggi terhadap negara dan wilayah yang mencatatkan defisit dagangan terbesar dengan AS akan mula berkuat kuasa pada 9 April.

Beberapa negara telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk mengambil tindakan balas terhadap kenaikan tarif itu. China, misalnya, berkata ia akan mengenakan tarif sebanyak 34 peratus ke atas semua import dari AS bermula 10 April.

Pasaran saham AS turut terjejas dengan kehilangan nilai sebanyak US$6.6 trilion dalam tempoh dua hari, kerugian terbesar dalam sejarah.

Sumber: BERNAMA

BACA: De Bruyne Ucap Selamat Tinggal Kepada The Citizens

BACA: Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

BACA: Orang Terkaya Dunia Rugi US$208 Bilion Dalam Sehari Susulan Tarif Baharu AS – BBI