Siakap Keli
gempa bumi Indonesia
Gambar: METMalaysia

Gempa Bumi Dilapor Landa Indonesia

Gempa Bumi Dilapor Landa Indonesia

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Jawa, Indonesia, pada jam 2.55 petang, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 7.9° Selatan dan 105.9° Timur, dengan magnitud 5.1 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 154 kilometer Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

BACA: Demonstrasi Tolak Pentadbiran Trump Bermula Di Seluruh Wilayah Amerika Syarikat

BACA: Doktor Kongsi Kisah Wanita Hamil Tiba-Tiba ‘Tidak Boleh’ Bercakap & Berjalan

BACA: Gaji & Nilai Kekayaan Sheikh Al-Sudais

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.