Siakap Keli
wanita hamil tidak boleh bercakap berjalan
Gambar: AI via ChatGPT

Doktor Kongsi Kisah Wanita Hamil Tiba-Tiba ‘Tidak Boleh’ Bercakap & Berjalan

Doktor Kongsi Kisah Wanita Hamil Tiba-Tiba ‘Tidak Boleh’ Bercakap & Berjalan

Baru-baru ini, perkongsian seorang doktor mengenai kejadian cemas melibatkan seorang wanita hamil menarik perhatian ramai.

Menurut doktor tersebut, seorang lelaki membawa isterinya ke hospital kerana tiba-tiba tidak boleh bercakap dan berjalan, seolah-olah ‘lumpuh’.

Suami wanita itu memaklumkan bahawa sudah dua hari isterinya langsung tidak bersuara dan tidak mampu berjalan.

Wanita berkenaan hanya duduk diam sepanjang masa, manakala si suami pula yang memandikan dan menyuapkan makanan sejak dua hari lalu.

Namun begitu, pemeriksaan awal menunjukkan bacaan tekanan darah wanita itu adalah normal iaitu 110/75 mmHg.

Ujian refleks neurologi juga tidak menunjukkan sebarang kelainan atau masalah fizikal yang ketara.

Walaupun semua pemeriksaan kelihatan normal, pesakit tersebut masih tidak bercakap dan hanya memberikan pandangan kosong tanpa sebarang reaksi.

Keadaan ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pasukan perubatan.

Doktor mula curiga

Doktor yang merawat wanita itu kemudian mengambil sedikit masa untuk duduk dan berinteraksi secara langsung dengannya.

Setelah beberapa ketika berbual, doktor tersebut mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Beliau kemudian bertanya kepada si suami sama ada mereka ada bertengkar sebelum si suami pergi bekerja.

Namun, menurut si suami, tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

Tiba-tiba pesakit bersuara…

Ketika keadaan masih sunyi dalam bilik rawatan, wanita yang dikatakan tidak boleh bercakap itu akhirnya membuka mulut buat pertama kali selepas dua hari.

“Bukankah saya sudah pesan supaya beli Massa (makanan tempatan) semasa pulang dari kerja?

“Awak hanya pentingkan kerja, bukan saya atau anak dalam kandungan ini. Saya benar-benar penat dengan kehamilan ini,” ujar wanita hamil itu.

Seluruh pasukan perubatan terpaku.

Dalam sekelip mata, wanita yang dikatakan tidak boleh berjalan itu terus bangun dan melangkah keluar dari bilik rawatan dalam keadaan penuh emosi menuju ke kereta suaminya.

“Rasa macam sedang menonton drama bersiri secara langsung di depan mata. Kehamilan memang bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan,” seloroh doktor tersebut ketika berkongsi pengalaman itu.

Bagaimanapun, doktor sempat menasihati suami wanita itu supaya mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan pakar kesihatan mental bagi memastikan tiada tanda-tanda kemurungan pranatal (prenatal depression).

Tapi, difahamkan bahawa selepas wanita tersebut menikmati makanan yang diidamkannya, emosinya kembali stabil dan semuanya kembali seperti sediakala.

BACA: Dakwa Tahan Bersin, Doktor Dedah Wanita Diserang Strok

BACA: Dakwa Kerap Korek Hidung, Lelaki Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

BACA: Dakwa Batuk Kuat, Lelaki 35 Tahun Patah Tulang Paling Keras Dalam Badan Manusia

Sumber: Instagram @drbelswellness

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.