Gaji & Nilai Kekayaan Sheikh Al-Sudais
Umum diketahui, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais atau “Sheikh Al-Sudais”, bukanlah nama yang asing dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Dilahirkan pada 1960 di Riyadh, Arab Saudi, Sheikh Al-Sudais adalah imam Masjidil Haram yang dihormati, merangkap Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bertaraf Menteri.
Kelunakan suaranya dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran bukan sahaja menggetarkan hati para jemaah di Tanah Suci.
Malah, ia turut mengalirkan air mata buat jutaan umat Islam yang mendengar rakaman bacaannya dari seluruh pelosok dunia.
Berapa gaji Sheikh Al-Sudais?
Soal gaji mungkin pernah menjadi tanda tanya ramai apabila berbicara tentang tokoh-tokoh berpengaruh seperti Sheikh Al-Sudais.
Menurut portal Lifeinsaudiarabia.net, kerajaan Arab Saudi sebenarnya tidak menetapkan jumlah gaji khusus untuk para imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sebaliknya, kerajaan mengambil pendekatan yang cukup ‘luar biasa’, di mana para imam diberikan ‘cek kosong’ setiap bulan.
Mereka kemudiannya dibenarkan untuk menulis sendiri jumlah yang diperlukan, berdasarkan keperluan masing-masing.
Portal itu turut menyatakan bahawa langkah ini mencerminkan betapa tingginya penghormatan kerajaan Arab Saudi terhadap peranan besar para imam di Tanah Suci.
Malah, seperti yang pernah dijelaskan oleh pihak kerajaan, tugas dan tanggungjawab sebagai imam tidak boleh diukur dengan wang semata-mata, kerana ia merupakan amanah yang sangat mulia.
Nilai kekayaan Sheikh Al-Sudais
Apabila berbicara tentang kekayaan, jumlah sebenar harta milik Sheikh Al-Sudais tidak pernah didedahkan secara rasmi kepada umum.
Namun begitu, Lifeinsaudiarabia.net menyatakan beberapa sumber tidak rasmi menganggarkan nilai kekayaan beliau sekitar USD1 juta, iaitu sekitar RM4.4 juta.
Walaupun begitu, ramai yang berpendapat bahawa kekayaan sebenar Sheikh Al-Sudais bukanlah terletak pada jumlah harta atau wang yang dimilikinya.
Sebaliknya, ia terletak pada penghormatan dan kasih sayang yang diterima beliau daripada umat Islam dari seluruh dunia.
BACA: Rupanya Ini Fungsi & Kegunaan Kipas Siling Ikut Bilangan Bilah
BACA: Hadap Jem Sebab Kemalangan, Tak Sangka Rupanya Keluarga Sendiri
BACA: Dah Macam CCTV, Burung Hantu Singgah ‘Beraya’, Bertenggek Dalam Rumah
Sumber: Lifeinsaudiarabia.net