Siakap Keli
hujan lebat landa 9 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga jam 1 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Kinta dan Kampar.

Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin di Pahang.

Di Negeri Sembilan, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 9 negeri

Bagi negeri Melaka, amaran tersebut menyenaraikan Jasin sebagai kawasan yang dijangka terjejas.

Dalam masa sama, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Johor yang melibatkan daerah Tangkak sahaja.

Sementara itu, daerah Kapit (Belaga) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran tersebut.

Beralih ke Sabah, antara kawasan yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia.

Difahamkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Kelibat ‘Warna Putih’ Dalam Rakaman CCTV Dipercayai Zayn Rayyan Dalam Longkang – Saksi

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0jxBtPCJoTia5y3Xzyw4KnK9jg863S87gvAbiPUnRLrXuwyTgZ6XHxKwUprRbXoKil

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.