Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kelibat 'Warna Putih'
Kredit: Bernama

Kelibat ‘Warna Putih’ Dalam Rakaman CCTV Dipercayai Zayn Rayyan Dalam Longkang – Saksi

Athirah

Kelibat ‘Warna Putih’ Dalam Rakaman CCTV Dipercayai Zayn Rayyan Dalam Longkang – Saksi

PETALING JAYA, 9 April (Bernama) –Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu terdapat kelibat seorang kanak-kanak dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan bersebelahan Apartment Idaman, Damansara Damai.

Dalam prosiding hari ini, sebanyak 10 rakaman CCTV ditayangkan di mahkamah, antaranya rakaman mangsa keluar dari terowong, ibu mangsa di sebuah pasar raya dan mangsa dalam longkang.

Juruanalisis Kanan Unit Siasatan Audio Video, Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 44, berkata bagi rakaman CCTV bertajuk ‘Nampak Mangsa Dalam Longkang’ bertarikh 5 Dis 2023, 12.13 tengah hari, telah dijalankan proses penambahbaikan (enhancement) bagi menjelaskan kualiti imej tersebut.

“Bagaimanapun, saya dapati daripada imej ini wajah individu dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan kerana terdapat pagar di antara kedudukan kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan,” kata saksi pendakwaan ke-26 itu.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi mengenai deskripsi fizikal individu itu, Latifah berkata berdasarkan pemerhatiannya, individu di dalam rakaman CCTV itu memakai baju berwarna cerah seakan warna putih, namun beliau tidak dapat menganggarkan saiz individu itu kerana tidak mengetahui kedalaman longkang dalam rakaman video berkenaan.

Saksi itu berkata beliau juga membuat analisis terhadap rakaman CCTV bertajuk ‘SAKSI BERLARI’ pada tarikh sama menunjukkan imej individu dipercayai saksi yang berlari di dalam paparan video itu, namun beliau tidak dimaklumkan siapa ‘saksi’ berkenaan.

“Daripada rakaman CCTV ini, saya dapati imej wajah individu dipercayai saksi tidak berjaya dikeluarkan kerana terdapat beberapa halangan di antara kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan iaitu pagar dan pokok-pokok di sebelah pagar.

“Saya tidak dapat pastikan warna asal baju dan seluar dipakai individu yang dipercayai saksi, namun daripada resolusi rakaman CCTV menunjukkan warna baju dan seluar adalah gelap seakan warna hitam.” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pemerhatian beliau imej tersebut menunjukkan fizikal individu dipercayai kanak-kanak.

Latifah berkata beliau turut membuat analisis terhadap rakaman CCTV daripada folder ‘CCTV ECONSAVE IBU MANGSA’ dan telah merkaman imej dipercayai ibu mangsa dan hasil analisis menunjukkan imej kelihatan lebih terang berbanding imej asal, namun daripada kedudukan CCTV tidak menampakkan keseluruhan wajah individu berkenaan.

“Hasil analisis menunjukkan imej adalah kurang jelas kerana resolusi rakaman CCTV yang rendah dan wujud kekaburan pergerakan (motion blur) semasa subjek yang difokuskan bergerak,” katanya.

Kepada soalan Nur Sabrina mengenai deskripsi fizikal individu itu, Latifah berkata berdasarkan pemerhatiannya, individu itu memakai tudung berwarna hitam, baju bunga hijau, membawa beg berwarna ungu dan putih dan sedang membawa barang dari Econsave menuju ke motosikal.

Disoal bagaimana Latifah mengesahkan individu itu adalah ibu mangsa dan bolehkah beliau mengecam muka individu terbabit, Latifah berkata, “Imej ini telah ditunjukkan kepada saya oleh pegawai penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail kerana saya tiada pengetahuan berkaitan individu yang dikatakan ibu mangsa. Saya tidak dapat mengecam muka individu ini”.

Terdahulu, Latifah dalam pernyataan saksinya berkata pada 14 Dis 2023, jam 11.28 pagi beliau telah menerima barang kes dan dokumen daripada wakil pegawai penyiasat Insp Amir Hakimi Zakaria dan menjalankan pemeriksaan terhadap barang kes tersebut pada tarikh sama (14 Dis 2023).

BACA: Ada Makna Tersendiri, Ketahui 3 Jenis Air Mata Manusia

Sumber: Bernama