Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
China Seru Dialog Bersifat Adil
Kredit: AFP

China Seru Dialog Bersifat Adil, Bukan Ugutan Untuk Selesaikan Pertikaian Perdagangan Dengan AS

Athirah

China Seru Dialog Bersifat Adil, Bukan Ugutan Untuk Selesaikan Pertikaian Perdagangan Dengan AS

BEIJING, 10 April (Bernama-Xinhua) — Tekanan dan ugutan daripada Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyelesaikan pertikaian perdagangan semasa antara China dan AS, menurut Kementerian Perdagangan China pada Khamis, sambil menyeru agar kembali kepada dialog yang adil.

Jurucakap kementerian, He Yongqian memberitahu sidang media bahawa walaupun China tetap terbuka untuk perbincangan, sebarang perbincangan mesti berasaskan saling hormat menghormati dan dijalankan atas dasar kesaksamaan, lapor Xinhua.

Jika AS berkeras untuk melancarkan perang perdagangan, China akan berjuang hingga ke akhirnya, kata jurucakap itu.

“Tekanan, ugutan dan pemerasan bukan cara yang betul untuk menangani China. Kami berharap kedua-dua negara akan bekerja ke arah menyelesaikan perbezaan melalui dialog dan perundingan, dipandu oleh prinsip saling hormat menghormati, kewujudan bersama dengan aman dan kerjasama menang-menang,” kata He.

Menekankan yang tiada pihak yang akan menang dalam perang perdagangan dan proteksionisme tidak membawa ke mana-mana, jurucakap itu berkata China tidak akan menerima taktik AS yang mengenakan tekanan maksimum dan membuli dan akan mengambil langkah tegas serta berkesan untuk mempertahankan hak dan kepentingannya yang sah.

Di tengah-tengah tentangan meluas dari dalam Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa terhadap apa yang disebut sebagai “tarif timbal balik” oleh AS, jurucakap itu berkata China mendesak AS agar menarik balik langkah tarif unilateralnya secepat mungkin.

Jurucakap itu juga menyeru AS untuk membetulkan tindakan yang tersasar dan membantu mewujudkan suasana yang kondusif untuk dialog dan perundingan.

BACA: China Naikkan Tarif Terhadap AS Sebanyak 84%

BACA: Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap

Sumber: Bernama