Siakap Keli
China Naikkan Tarif Terhadap AS
Kredit: AFP

China Naikkan Tarif Terhadap AS Sebanyak 84%

China Naikkan Tarif Terhadap AS Sebanyak 84%

China telah mengumumkan kenaikan tarif tambahan ke atas semua barangan import Amerika Syarikat kepada 84 peratus pada Rabu, lapor AFP.

Tindakan terbaharu Donald Trump dalam bentuk tarif mula berkuat kuasa ke atas berpuluh-puluh rakan dagang pada awal pagi Rabu, termasuklah duti setinggi 104 peratus ke atas import produk dari China.

Pada awalnya, Beijing merancang untuk mengenakan tarif balas sebanyak 34 peratus ke atas barangan dari Amerika Syarikat bermula jam 4 petang.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kadar tersebut kini dinaikkan kepada 84 peratus selepas Trump secara mendadak menaikkan duti ke atas import dari China.

“Kenaikan tarif terhadap China oleh Amerika Syarikat hanya menambah kesilapan di atas kesilapan, malah melanggar hak dan kepentingan sah China secara serius.

“Tindakan Washington telah merosakkan sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan dengan serius,” kata kementerian itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, kementerian perdagangan Beijing memberitahu China akan menyenaraihitamkan enam syarikat kecerdasan buatan (AI) Amerika, termasuk Shield AI dan Sierra Nevada Corp.

AFP melaporkan Trump tidak memberi reaksi segera terhadap serangan balas China, namun beliau menyeru syarikat-syarikat untuk mula berpindah ke Amerika Syarikat bagi mengelakkan tarif.

Perang dagang yang semakin memuncak telah menurunkan trilion dolar dalam nilai pasaran sejak minggu lalu, sekaligus menyebabkan pelabur bimbang bahawa konflik ini akan mencetuskan kemelesetan.

Saham Amerika Syarikat dijangka mengalami kerugian besar

Menurut AFP, pasaran saham kembali dalam keadaan merosot, dengan indeks Nikkei Tokyo ditutup hampir empat peratus lebih rendah pada hari yang sama.

Paris dan Frankfurt dilaporkan menjunam sebanyak empat peratus dalam perdagangan petang, manakala London turun 3.5 peratus. Selain itu, saham Amerika Syarikat dijangka mengalami kerugian yang sangat besar.

Bank of England turut memberi amaran tentang risiko terhadap ‘kestabilan kewangan UK’ akibat peningkatan ketegangan geopolitik, termasuk kesan daripada tarif AS.

Itali sedang bersiap sedia untuk memotong unjuran pertumbuhannya bagi 2025 separuh, kepada 0.6 peratus daripada 1.2, kata seorang sumber kerajaan.

Sementara itu, Sepanyol juga dijangka menurunkan unjuran mereka, manakala bank pusat di India dan New Zealand memotong kadar faedah untuk merangsang ekonomi negara masing-masing berikutan tarif ini.

AFP melaporkan harga minyak jatuh di bawah $60 setong, di mana ia merupakan paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Difahamkan, hasil bon kerajaan iaitu faedah yang dibayar oleh negara untuk meminjam wang telah meningkat di Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan negara-negara lain.

BACA: Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.