Siakap Keli
bangkai ikan lumba-lumba pantai
Gambar: Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang

Bangkai Ikan Lumba-Lumba Terdampar Di Pantai Teluk Bahang

Bangkai Ikan Lumba-Lumba Terdampar Di Pantai Teluk Bahang

GEORGE TOWN, 12 April (Bernama) — Bangkai seekor ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bahang, berhampiran sebuah kuil Hindu, semalam.

Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mamalia marin itu.

“Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang segera ke lokasi kejadian dan hasil pemerhatian mendapati bangkai tersebut merupakan ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin dengan ukuran panjang 1.98 meter,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut jabatan itu lagi, data berkaitan kejadian telah direkodkan sebagai sebahagian daripada pemantauan kes kedamparan di negeri ini, dan bangkai mamalia tersebut telah ditanam berhampiran lokasi penemuan untuk tujuan pelupusan.

Jabatan Perikanan turut mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang kejadian kematian mamalia marin di perairan Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Isu Pencerobohan Tanah Masjid: Ini Penjelasan JAIS

BACA: Tun M Dijangka Buka Kapsul Masa Ahad Ini

BACA:China Akan Kenakan Tarif Barangan 125 Peratus Terhadap AS

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.