Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 9.2 Juta Kutipan Dalam Dua Hari
KUALA LUMPUR — Filem aksi epik Blood Brothers: Bara Naga memcipta fenomena selepas berjaya meraih kutipan pecah panggung RM9.2 juta dalam tempoh dua hari tayangan termasuk pratonton di pawagam seluruh Malaysia.
Kejayaan ini menjadikan filem karya Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa.
Difahamkan, antara negeri yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Bukan sahaja menjadi perbualan hangat, ramai yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan.
Filem aksi ini turut mencuri perhatian beberapa pengulas filem seperti Hadam Project yang menyifatkan filem tempatan yang paling ditunggu-tunggu tahun 2025.
“Salah satu filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini dan mungkin filem aksi tempatan yang paling mengagumkan dari segi visual pernah dihasilkan,” katanya.
Karya terbaik Syafiq Yusof setakat ini – Pengulas filem
“Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah karya terbaik Syafiq Yusof setakat ini. Dari segi aksi, skrip, tempo hinggalah ke aspek teknikal dan visual, semuanya memang sempurna.
“Setiap elemen terasa tepat pada tempatnya, sampai saya sendiri tak jumpa apa-apa untuk dikritik. Babak pertarungan pula, memang bertaraf antarabangsa, brutal, kemas, dan penuh impak. Memang lain macam,” komen pengulas filem, Abang Riak.
Filem ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Syukri, Sharnaaz, Syafiq, dan Kepeng.
https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pfbid036XkFKsTwYCm7P7dGCFKZngAJxFPu3nPsEFXrAbke4h8ERA4QwGhC1DwkSgtYhCvUl
Untuk makluman, filem ini telah ditayangkan bermula pada 8 April dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal di 170 pawagam.
Buat mereka yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk Blood Brothers: Bara Naga, yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Ayuh serbu pawagam yang berdekatan dengan anda dan saksikan sendiri filem epik yang mengubah landskap filem aksi tempatan.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Blood Brothers: Bara Naga, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.