Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lapan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 5 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala kawasan di Perak yang diramal hujan seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Beberapa kawasan di Terengganu turut diramal hujan termasuk Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sementara Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.
“Di Selangor, hanya daerah Hulu Selangor diramal hujan, sama juga di Kota Tinggi, Johor.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching (Lundu), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Limbang.
“Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Pantai Barat (Papar),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0f4MPLw2kJq35m3P5d443ky1X4JTKKHoSxRCn55xPmjB5SducKxCSY6T3RDbertMal
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia